The Government of Brunei Darussalam


 

Sejarah Rengkas

Dasar Penubuhan

 Maklumbalas

 Cari Maklumat

 Majalah dan Jurnal Terbitan DBP

 

 

 

 

 

 

Bidang Tugas Cawangan

CAWANGAN PENTERJEMAHAN 

Pengenalan

Cawangan Penterjemahan asalnya adalah satu entiti yang tersendiri iaitu Bahagian Buku Teks dan Penterjemahan. Penyerapannya ke dalam Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa adalah berasaskan kepada hakikat bahawa pembinaan, pengembangan dan pemasyarakatan dan seterusnya pendaulatan bahasa Melayu banyak dilaksanakan dan direalisasikan melalui aktiviti penterjemahan. Sehingga kini, Cawangan Penterjemahan telah banyak menterjemahkan teks atau manuskrip untuk diterbitkan oleh jabatan sebagai buku bacaan umum. Cawangan Penterjemahan juga banyak mengendalikan permohonan yang berkaitan dengan peristilahan. Umumnya kerja penterjemahan diperlukan dalam semua cawangan Bahagian Pembinaan dan Pengembangan BahasaPelaksanaan Bahasa, Perkamusan dan Peristilahan. Cawangan ini juga menerima banyak pertanyaan mengenai kebahasaan melalui telefon dari orang ramai.

Khidmat Penterjemahan 

·        Khidmat penterjemahan boleh diperolehi dengan menghadapkan permohonan secara bersurat kepada Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Darussalam. Permohonan akan dinilai kesesuaian dan keperluannya untuk diterjemahkan.

·        Pada masa ini, khidmat penterjemahan adalah diberikan secara percuma terutamanya kepada sektor awam (pihak kerajaan/kementerian dan jabatan yang tidak mempunyai penterjemah) dan seterusnya sektor swasta untuk tujuan penyebaran ilmu kepada khalayak ramai.

·        Keutamaan penterjemahan adalah dari bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu untuk kegunaan tempatan. Permohonan penterjemahan ke dalam bahasa Inggeris juga boleh dipertimbangkan mengikut kepentingan dan keperluan.

 ·        Tempoh masa bagi penyiapan penterjemahan yang    dipohonkan bergantung kepada beberapa perkara berikut:

· Jenis/bidang teks asal pemohon (misalnya am, kreatif, teknikal, saintifik, keugamaan, dll). Teks mengenai ugama, teknikal dan saintifik adalah lebih sukar.

· Beban kerja. Permohonan dikendalikan mengikut giliran dan beban kerja. Pemohon adalah diingatkan supaya menghadapkan permohoan lebih awal dari tarikh/masa terjemahan itu dikehendaki oleh pemohon. Walau bagaimanapun perkara ini tertakluk kepada keputusan DBP dan perundingan dengan pemohon.

Staff Cawangan

Cawangan Penterjemahan pada masa ini dianggotai oleh seorang Ketua Penterjemah sebagai Ketua Cawangan, 5 orang Penterjemah Kanan dan 8 orang Penterjemah serta seorang Jurutaip.


<< Balik ke Laman Utama Bahagian Bahasa

 

 

 


|| Sejarah Ringkas | Latarbelakang | Peranan & Program | Struktur | Rujukan Bidang Bahagian & Tugas | Maklumbalas ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||