The Government of Brunei Darussalam

 

Sejarah Rengkas

Dasar Penubuhan

 Maklumbalas

 Cari Maklumat

 Majalah dan Jurnal Terbitan DBP

 

 

 

 

 

 

 

Bidang Tugas Cawangan

CAWANGAN PERKAMUSAN

STRUKTUR CAWANGAN

Cawangan ini diketuai oleh seorang ketua (Pegawai Bahasa), seorang Pegawai Perkamusan Kanan, empat orang Pegawai Perkamusan serta lima orang Pembantu Pegawai Perkamusan.

TUGAS UTAMA

Fungsi utama cawangan ini adalah sejajar dengan hasrat Bahagian Pembinaan Dan Pengembangan Bahasa iaitu untuk  mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa Rasmi Negara dan mengembangluaskan penyebarannya kepada semua lapisan masyarakat.  Sehubungan dengan tujuan ini, cawangan ini  mengusahakan penyusunan pelbagai  kamus.

Cawangan ini juga mengusahakan  projek penyusunan Kamus Tiga Negara yang melibatkan pakar leksikografi dari Malaysia dan Indonesia.

 

Kamus Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei

1.                  Kamus Kanak-Kanak

Kamus ini diterbitkan dalam tahun 1986. Kamus ini dihasratkan untuk kegunaan kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah.  Kamus ini telah  diulang cetak (Terbitan Semula) pada tahun 1990 dengan membuat sedikit perubahan.

 2.                Kamus Bahasa Melayu Brunei

Kamus ini diterbitkan dalam tahun 1991.  Kamus ini mengandungi kosa kata bahasa Melayu Brunei yang dapat digunakan oleh orang ramai khususnya para penyelidik dan generasi muda sebagai rujukan.  Kamus ini juga diulang cetak pada tahun 1998.

 3.                Kamus Tutong-Melayu Melayu Tutong

Kamus ini diterbitkan dalam tahun 1991.  Kamus ini memasukkan  kosa kata bahasa Tutong yang boleh dijadikan sebagai sumber rujukan bagi peminat dan penyelidik bahasa tempatan.  Kamus ini juga diulang cetak pada tahun 1998.

 4.                Kamus Kata Dan Ungkapan Am

Kamus ini diterbitkan dalam tahun 1994. Kamus ini menyenaraikan kata dan ungkapan am bahasa Melayu Brunei yang sama ejaan dan sebutan dalam bahasa Malaysia dan Indonesia tetapi  mempunyai makna yang berlainan.

 5.                Kamus Tiga Negara

Kamus ini  memuatkan  kosa kata bahasa Melayu Brunei, bahasa Melayu, dan bahasa Indonesia dan dijangka terbit pada akhir tahun 2002, Insya Allah.


<< Balik ke Laman Utama Bahagian Bahasa


|| Sejarah Ringkas | Latarbelakang | Peranan & Program | Struktur | Rujukan Bidang Bahagian & Tugas | Maklumbalas ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||