Unit-unit Bahagian

Bahagian ini dibahagikan kepada tiga cawangan seperti berikut;

  • Cawangan Penyelidikan

Cawangan ini berperanan dalam membuat penyelidikan terutama dalam bidang bahasa, sastera dan budaya.

Dalam usaha untuk mengemaskinikan naskhah Melayu lama, cawangan ini sepanjang tahun 1999 hingga sekarang telah berusaha mentranskripsi, menyediakan sinopsis, mengindentifikasi dan seterusnya memulihara koleksi manuskrip tersebut. Sehingga kini cawangan ini telah dapat membaikpulih lebih daripada 10 naskhah lama Hikayat Dang Rokam dan juga mengungkayahkan penyalinan pita-pita lama ke dalam pita baru dan menggambar surat khabar ke dalam bentuk mikrofilem.

Bagi mereka yang memerlukan khidmat di cawangan ini, mereka boleh menghubungi nombor telefon:   02 – 382511 sambungan 169 / 168 atau e-mel ke alamat kc_penyelidikan@brunet.bn

 

Cawangan ini berperanan dalam mengumpulkan bahan dalam pelbagai aspek, bahasa, sastera dan budaya khususnya hal ehwal Brunei dan alam Melayu sama ada dalam bentuk buku, kertas kerja, keratan akhbar tempatan dan sebagainya. Dalam hal ini cawangan ini berusaha memberikan perkhidmatan yang cemerlang.

Bahagian ini mengumpulkan  dokumentasi akhbar  Berita Harian Malaysia, Berita Harian Singapura dan Utusan Malaysia iaitu dari tahun 1996 sehinggalah sekarang, khusus mengenai bidang bahasa, sastera dan budaya.  Selain dari itu cawangan ini juga memberi khidmat bahan-bahan dari dalam dan luar negeri yang berbentuk  buku, surat khabar (Media Permata, Borneo Bulletin dan Utusan Melayu (Jawi) majalah, kertas kerja, pita rakaman, mikrofilem, kaset video dan lain-lain.

Cawangan ini juga menyediakan bilik bacaan untuk pengguna yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan di jabatan ini dan juga pengguna luar jabatan seperti mahasiswa mahasiswi dalam dan luar negeri yang ingin membuat rujukan dan membaca surat-surat khabar yang disediakan. 

Bilik bacaan dibuka pada setiap hari kecuali hari Jumaat dan Ahad mulai jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan jam 2.00 petang hingga 4.15 petang.

Sehingga kini cawangan ini telah berusaha mengumpul dan mengemas kini bahan-bahan yang ada dalam simpanannya. Di antara usaha yang sedang dijalankan ialah menyalin memikrofilem akhbar-akhbar tempatan, mendokumentasi akhbar luar negeri yang berkaitan dengan bidang bahasa, sastera dan budaya dan juga menyalin dalam bentuk kaset video bidang yang berkaitan bahasa, sastera dan budaya dengan kerjasama RTB dan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Cawangan ini telah menyediakan borang dan peraturan menggunakan bahan-bahan seperti yang dilampirkan.

Bagi yang memerlukan khidmat boleh hubungi nombor telefon: 02-382511 sambungan 147/149/150/151 dan 221. 

atau e-mel kepada: dokumentasi@brunet.bn

 

Cawangan ini mengungkayahkan penerbitan Jurnal Beriga setiap tiga bulan sekali, setiap keluaran akan menyediakan empat ke lima rencana budaya. Mempunyai matlamat tersendiri iaitu menepati tempoh penerbitan. Setahun dianggarkan dapat menerbitkan 20 ke 25 buah rencana/artikel budaya.

Penyumbang-penyumbang artikel kebanyakannya dari Universiti Brunei Darussalam, pegawai-pegawai kerajaan, peminat budaya dalam dan luar negeri, Malaysia, Singapura dan Indonesia. Rencana-rencana yang telah dikeluarkan dalam Jurnal Beriga adalah yang meliputi bidang kebahasaan, budaya, agama, ekonomi, sejarah dan pendidikan ilmu sains yang berlaku di dalam mahupun di luar negeri. Skop ini adalah untuk membuka minda pembaca dengan sajian ilmu pengetahuan yang termuat dalam satu-satu rencana  dan menjadi sumber rujukan terutama sekali bagi para pelajar, mahasiswa-mahasiswi dalam membantu meningkatkan lagi bidang akademik yang mereka ceburi.

Bagi yang ingin menyumbangkan artikel untuk dimasukkan ke dalam Jurnal Beriga bolehlah menghantar ke alamat berikut;

Cawangan Jurnal Beriga, Bahagian Penyelidikan dan  Dokumentasi,                             Dewan Bahasa dan Pustaka Lapangan Terbang Lama Berakas, BB 3510

Negara Brunei Darussalam.

Nombor telefon: 02 – 382511 sambungan 147/148/174 dan 173

Alamat Email : editor_beriga@brunet.bn

 

<< Balik ke Laman Utama Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi


|| Sejarah Ringkas | Latarbelakang | Peranan & Program | Struktur | Rujukan Bidang Bahagian & Tugas | Maklumbalas ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||