| 1 |
Peserta boleh memohon seberapa banyak gerai yang diperlukan tetapi
penganjur berhak memperuntukkan jumlah gerai sekiranya timbul keperluan
untuk berbuat demikian. |
| 2 |
Permohonan hendaklah disertai bayaran 50% dengan draf bank dalam
ringgit Brunei dan dibayar kepada Pesta Buku Brunei 2006. |
| 3 |
Penganjur akan menentukan kedudukan gerai. Sebarang rayuan untuk menukar
kedudukan gerai tidak akan dilayan. |
| 4 |
Bahan pameran dan jualan seperti buku, jurnal, majalah, komik, poster,
kaset, alat pandang-dengar pendidikan, bahan seni khat, cakera padat dan
seumpamanya hendaklah yang tidak bertentangan dengan kehendak akta
mengenai ketenteraman, keselamatan dan kelucahan dan Akta
Penerbitan-Penerbitan dan undang-undang lain yang dikuatkuasakan di
Negara Brunei Darussalam. |
| 5 |
Penganjur juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang dakwaan
pelanggaran Akta Hak Cipta. Peserta digalakkan menjual bahan pameran
dengan potongan harga di antara 10% hingga 30%. |
| 6 |
Peserta hendaklah mempamerkan bahan pameran mereka sepanjang pesta buku.
|
| 7 |
Peserta tidak dibenarkan membawa keluar bahan pameran dan jualan
sebelum tamat pesta buku. |
| 8 |
Setiap buku dan bahan untuk dijual hendaklah dibubuh tanda harga,
manakala buku agama mestilah dicap oleh Pusat Dakwah Islamiah terlebih
dahulu. |
| 9 |
Penganjur dan pihak berkuasa Dewan Serbaguna, Pusat Persidangan
Antarabangsa, Berakas tidak bertanggungjawab terhadap perkara-perkara
seperti kecederaan, kecurian, malapetaka, kerosakan atau kehilangan
bahan pameran dan jualan. Peserta dinasihatkan supaya menyediakan
insurans yang seperlunya secara persendirian. |
| 10 |
Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian akibat
kerosakan alat jentera, bekalan elektrik dan air, kebocoran air atau
sebarang malapetaka atau atas perintah kerajaan yang boleh menyebabkan
Pesta Buku ini ditutup sementara atau seterusnya. |
| 11 |
Peserta dikehendaki membayar ganti rugi jumlah sepenuhnya kepada
penganjur jika berlaku sebarang kehilangan atau kerosakan kepada ruang
pameran serta kemudahan akibat daripada penyalahgunaan ruang oleh
peserta, wakilnya atau ejennya baik secara senghaja atau tidak. |
| 12 |
Peserta hendaklah menjaga kebersihan gerai dan kawasan sekitarnya serta
mengawal kebisingan dan gangguan yang berlebihan. |
| 13 |
Resepsi, pelancaran buku, kuliah, persidangan akhbar, diskusi awam tidak
boleh diadakan dalam dewan pameran tanpa kebenaran daripada penganjur. |
| 14 |
Merokok dan makan minum serta membawa masuk makanan dan minuman ke dalam
dewan pameran adalah ditegah. |
| 15 |
Penganjur berhak menamatkan hak peserta memperagakan bahan pameran
sekiranya peserta didapati melanggar syarat dan peraturan penyertaan.
Dalam hal ini, bayaran penyertaan peserta tersebut akan lupus dan
peserta tidak berhak bagi sebarang bayaran atau ganti rugi daripada
penganjur, dan penganjur pula berhak menutup gerai mereka dengan
serta-merta dan memindahkan barang mereka dari ruang dan kawasan pameran. |