The Government of Brunei Darussalam

 

 

Urus Setia Latihan

Program-Program Latihan

Untuk mencapai matlamat Urus Setia Latihan, beberapa program telah disusun seperti berikut;

  •  Latihan Jangka Panjang

Skim Latihan Jangka Panjang ditawarkan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka  di peringkat  Diploma, Ijazah Pertama, Diploma Lepasan Ijazah, Ijazah Sarjana dan Ijazah kedoktoran Falsafah dalam bidang-bidang  pengajian  yang berkaitan dengan fungsi Dewan Bahasa Pustaka. 

Matlamat bagi  Latihan Jangka Panjang  adalah bagi  meningkatkan  kemahiran dan kecekapan pegawai-pegawai dan kakitangan sehingga mencapai tahap pakar bidang.

(Pada masa ini Skim Latihan Jangka Panjang  telah dibekukan buat semantara waktu kecuali dibukakan bagi mengikuti Latihan Jangka Panjang di dalam negeri)

 

  • Latihan Jangka Pendek

Latihan Jangka Pendek dilaksanakan melalui kursus-kursus jangka pendek (lebih daripada enam hari, tidak melebihi tiga bulan atau yang difikirkan bersesuaian) di dalam dan luar negeri.  Latihan ini mencakupi semua bidang yang berkaitan dengan tugas Dewan Bahasa Pustaka.

Matlamat latihan jangka pendek ialah meningkatkan kemahiran pegawai-pegawai Dewan Bahasa Pustaka dalam tugas hakiki.

 

  • Latihan Singkat

Latihan Singkat pula dilaksanakan  melalui kursus-kursus singkat yang diadakan di dalam atau luar jabatan.  Latihan ini mencakupi semua bidang yang berkaitan dengan tugas Dewan Bahasa Pustaka. 

Matlamat latihan singkat ialah memberi pengetahuan asas dan pendedahan kepada pegawai-pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan tugas hakiki dan tugas yang berkaitan.

...3/-

  •  Program Khidmat Kepakaran Latihan

Unit Latihan juga melaksanakan program latihan yang berbentuk khidmat sosial kepada masyarakat.   Sebagai badan pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera serta penerbit buku di Negara Brunei Darussalam, Dewan Bahasa dan Pustaka dilihat sebagai pemimpin industri dalam bidang bahasa, sastera dan penerbitan.  Dewan Bahasa dan Pustaka dianggap sebagai tempat rujukan ilmu dan tempat latihan oleh pihak luar.  Dewan Bahasa dan Pustaka menunaikan tanggungjawab sosialnya dengan melaksanakan program khidmat kepakaran latihan yang diuruskan oleh Bahagian Latihan.

 
<< Balik ke Laman Utama Unit Latihan


|| Sejarah Ringkas | Latarbelakang | Peranan & Program | Struktur | Rujukan Bidang Bahagian & Tugas | Maklumbalas ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||