Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Kenali Warisan Negara

Kenali warisan 2.JPG

Oleh : Noraisah Haji Muhammed / Foto : Ihsan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kampung Pandan, Kuala Belait

BELAIT, Khamis, 15 Oktober. - Program Kenali Warisan bertujuan untuk menarik minat para belia mengikuti dan mengetahui warisan negara.

Program yang diadakan baru-baru ini tersebut diusahakan oleh Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kampung Pandan, Kuala Belait dengan kerjasama dengan Jabatan Muzium-Muzium.

Program yang diusahakan bagi melestarikan permainan tradisional yang kian terhakis oleh perkembangan permainan globalisasi siber yang canggih.

Antara tujuan utama program tersebut diadakan untuk mempromosikan warisan dan gaya hidup di Negara Brunei Darussalam yang terkenal dengan flora dan fauna.

Antara aktiviti menarik yang disediakan seperti permainan Pasang, Congkak, Buah Lapas-Lapas, Salok-Salokan, Simban, Tempurong Laki, Kayu Tiga, dan Lumpat Gatah yang menjadi permainan tradisional yang diwarisi sejak dahulu dan khazanah turun-temurun orang Brunei.

Turut diadakan persembahan seni silat dari Kumpulan Silat Bintisan Silat Raja Wali, persembahan Pertubuhan Silat Gagak Hitam Kuala Belait dan persembahan gulintangan dan juga nyanyian lagu-lagu asli Brunei.

Program berkenaan diharap membantu generasi muda mendalami permainan tradisi tersebut dan tahu akan asal usul mereka bahawa Negara Brunei Darussalam juga memiliki permainan tradisi yang wajar dikuasai dan dipertahankan.

Program tersebut dibukakan untuk kunjungan orang ramai.

Dipetik daripada Pelita Brunei

Attachments
Created at 10/17/2020 10:32 AM by Nisbah Binti Hj Merusin
Last modified at 10/17/2020 10:32 AM by Nisbah Binti Hj Merusin