Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

E-Pantaran Sastera Bedah Karya : Naratif dan Konseptual dalam Kapal Kertas

WhatsApp Image 2020-05-12 at 3.52.20 PM.jpeg

​​Antologi Puisi Kapal Kertas merupakan salah sebuah buku yang dilancarkan semasa Majlis Perasmian Program Penulis Muda 2020.  Untuk tahun ini, diadakan E-Pantaran Sastera 2020 dengan mengundang Sham Hidie, seorang penulis muda untuk menyoroti dan membedah antologi tersebut. 

Apakah perspektif dan pandangannya terhadap sajak-sajak dalam antologi tersebut.  Buah fikir dan pandangannya boleh kita saksikan melalui siaran langsung Instagram DBPBrunei dan Facebook Bahagian Sastera dan Majalah. Biskita boleh saksikan perbincangan ini pada hari Sabtu, 16 Mei 2020 pukul 10.00 pagi. Jangan lepaskan peluang mengikutinya.

#e-pantaransastera#bedahkarya#kapalkertas#shamhidie

Attachments
Created at 5/13/2020 12:58 PM by Dk Norsafiah Binti Pg Sapudin
Last modified at 5/13/2020 1:00 PM by Dk Norsafiah Binti Pg Sapudin