Sabtu, 18 Januari 2020 - Majlis Penghargaan dan Penyampaian Hadiah Terjemahan Mastera 2019 Peringkat Negara Brunei Darussalam berlangsung di Balai Sarmayuda, DBP Berakas pagi tadi. Majlis disempurnakan oleh Awang Suip bin Haji Abdul Wahab, Pemangku Pengarah DBP selaku Tetamu Kehormat.