Peraduan Fotografi sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-37, Tahun 2021 Anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan diselenggarakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Tema: "Perhimpunan Agung Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-37: Keceriaan, Kegembiraan dan Warna-warni Kegemilangan" |
KATEGORI | PENYERTAAN | PEMENANG |
Kategori A Terbuka (18 Tahun ke Atas) | 21 peserta dengan 44 keping gambar | - Johan: Awang Abd Hamid bin Haji Abd Rahman
Tajuk gambar: Generasi Baru Hadiah: $500.00 berserta sijil
- Naib Johan: Dayang Faridah binti Haji Jaya
Tajuk gambar: Bendera Ku Brunei Darussalam Hadiah: $400.00 berserta sijil
- Ketiga: Awang Haji Ali Hamzah bin Haji Gafar
Tajuk gambar: Insan Istimewa di Hari Kebangsaan Brunei Darussalam Ke 37 Hadiah: $300.00 berserta sijil
|
Kategori B Remaja (12 Tahun hingga 18 Tahun) | 6 peserta dengan 14 keping gambar | - Johan: Awang Mohamad Hamizan bin Haji Ali Hamzah
Tajuk gambar: Keceriaan Generasi Muda Menyambut Hari Kebangsaan Brunei Darussalam Ke 37 Hadiah: $400.00 berserta sijil
- Naib Johan: Awangku Iqbal Salleh bin Pengiran Haji Sulaiman
Tajuk gambar: Si Pembawa Bendera Hadiah: $300.00 berserta sijil
- Ketiga: Awang Muhammad Hassanul Fikri bin Mohammad Faizal
Tajuk gambar: Generasi Muda Aset Wawasan Negara Hadiah: $200.00 berserta sijil
|
Kategori C Kanak-kanak (12 Tahun ke Bawah) | Tiada penyertaan | - |
Kesemua gambar yang menyertai peraduan tersebut telah dilancarkan dan dipamerkan semasa majlis tersebut di Ruang Legar, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta akan dilaratkan ke Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka di keempat-empat daerah sehingga bulan Ogos 2021. Turut dilancarkan ialah produk kolaborasi Artisan Pusat Bahagia dan Mahkota Designs di bawah Projek Kreatif "Fabrik OKU" yang diselenggarakan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat, iaitu tekstil tudung eksklusif yang menggabungkan hasil lakaran pelatih-pelatih kelas lukisan OKU.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Yang Mulia Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan dan Kebudayaan); Yang Mulia Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan); Yang Mulia Dayang Saidah binti Haji Wahid @ Burut, Timbalan Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan); Pengarah-pengarah di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta jabatan-jabatan di bawahnya; pegawai-pegawai kanan kerajaan, panel hakim dan peserta-peserta Peraduan Fotografi.