Majlis Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Kali ke-26 Tahun 2019
Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam (APCPA) ini julung kali diadakan bagi seluruh Kementerian dan Jabatan-Jabatan di bawahnya bersempena dengan Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-17, Tahun 2010.
APCPA ini merupakan penghargaan dan pengiktirafan kepada warga Perkhidmatan Awam yang telah menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang. Kualiti dan penghasilan kerja pegawai dan kakitangan berkenaan seringkali melebihi daripada keperluan tugas dan tanggungjawab jawatan serta mempunyai keperibadian yang boleh dicontohi oleh pegawai dan kakitangan yang lain.
Tahniah kepada Penerima-Penerima Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam (APCPA) Sempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-26 Tahun 2019, bagi Kementerian Kebudayaan, Belia Dan Sukan:
1) Dayang Siti Zaharah binti Haji Abdul Razak
Bahagian II
Pegawai Pembangunan Masyarakat
Jabatan Pembangunan Masyarakat
2) Dayang Norsinah binti Awang Haji Sawas
Bahagian III
Pegawai Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka
3) Awang Haji Hirmi bin Haji Moslim
Bahagian IV
Kerani Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
4) Pengiran Abd Rahman bin Pengiran Omar
Bahagian V
Penyelenggara Stor Tingkat III
Jabatan Belia dan Sukan