Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Dengan
hormat sukacita memaklumkan bahawa Bahagian Perpustakaan Dewan Bahasa
dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sedang
menganjurkan Pertandingan E-Pantun secara dalam talian. Pertandingan ini terbuka kepada ahli perpustakaan yang berumur 21 tahun ke atas dan
orang ramai adalah dialu-alukan untuk menyertai pertandingan dengan
syarat perlu mendaftar sebagai ahli terlebih dahulu. Tarikh tutup
penyertaan pada 31 Ogos 2020 pada jam 11:59 malam.
Maklumat lanjut mengenai pertandingan ini bolehlah didapati dengan mengimbas kod QR.
Sila hubungi Haji Amirul bin Haji Siaman, Ketua Cawangan Perpustakaan DBP Daerah Temburong di talian 5221281.
Perpustakaan Dewan Bahasa Dan Pustaka
Laman sesawang: librarybrunei.gov.bn
Instagram: @dbplibrarytemburong
Telefon: 5221281