Misi

    Berusaha menerbitkan majalah, seperti   

terkandung dalam objektif penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka

 

      Berusaha menjalankan apa jua aktiviti penyelidikan, pengembangan termasuk mendapatkan sumber, bahan dan bergiat aktif dalam penulisan, pengeditan, penyelarasan, pemerosesan serta bertanggungjawab terhadap penerbitan majalah-majalah Bahana, Mekar dan Juara Pelajar.

   Berusaha meningkatkan profesionalisme editor serta kualiti majalah Mekar, Bahana dan Juara Pelajar.

 

Objektif

 

    Untuk merealisasikan visi, misi dan matlamat bahagian  majalah, Ketua Bahagian telah mencadangkan supaya majalah Bahana dan Mekar dipertingkatkan pengeluarannya dari aspek kualiti dan kuantiti. Dengan kesepakatan dan kesepaduan kerja di antara ketua-ketua cawangan serta staf cawangan di Bahagian Majalah dengan kerjasama Bahagian Seni Lukis dan Reka Bentuk dan juga Bahagian Penerbitan, maka majalah Bahana dan majalah Mekar yang sebelum ini diterbitkan dua bulan sekali (dwi-bulanan) berupaya dipertingkatkan menjadi sebulan sekali (bulanan/monthly) mulai keluaran bulan Januari 2003.

Matlamat

    Bahagian ini mempunyai matlamat yang tersendiri yang ingin dicapai oleh cawangan masing-masing.

Cawangan Bahana:

Berusaha menerapkan misi sastera, nilai dan 'kaifiyah' (kualiti) sastera kepada masyarakat umum, terutama masyarakat pembaca, penulis, mahasiswa dan pelajar sekolah menengah serta maktab dan menanai 'kaiyatul qadiah' (kualiti) sastera ke arah pembinaan tamadun bangsa, nilai kemanusiaan, pembangunan mental dan spiritual.

 Mendorong masyarakat memahami konsep sastera dari segi aliran fikir, falsafah, aliran penulisan, tema dan persoalan serta teknik-teknik penulisan, serta sebagai penghubung sastera moden dengan tradisi, juga sebagai wadah hati nurani penulis serta suara kemanusiaan sejagat.

Mendorong serta menggalakan pertumbuhan dan perkembangan sastera serta penyertaan penulis muda serta penulisan mapan atau para sasterawan untuk melahirkan karya yang bermutu, dinamik dan proaktif.



<< Balik ke Laman utama Bahagian Majalah


|| Sejarah Ringkas | Latarbelakang | Peranan & Program | Struktur | Rujukan Bidang Bahagian & Tugas | Maklumbalas ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||