Tugas dan Tanggungjawab Bahagian
Majalah
Mengendalikan dan menyelenggarakan serta menyelaraskan proses penerbitan
BAHANA, MEKAR serta JUARA PELAJAR (termasuk kerja-kerja mendapatkan bahan
atau sumber, proses penyuntingan, penaipan, pemerosesan data, penilaian
dan pemilihan isi kandungan majalah).
Selaku penganjur, penyelenggara dan urus setia bagi kegiatan-kegiatan yang
berkaitan dengan majalah. dI antaranya adalah seperti berikut:
Peraduan Menulis Karangan Mekar dan Juara Pelajar
Hadiah Kreatif Bahana
Peraduan Melukis Mekar dan Juara Pelajar
Forum Bahana
Bengkel Penulisan
Kerja-kerja
penjadualan perancangan dan menentukan aliran
kerja
proses penerbitan majalah serta bertanggungjawab sehingga terbit.
Merancang perkembangan dan isi kandungan majalah.
Bekerjasama
dengan bahagian-bahagian lain dalam apa jua
kegiatan
atau aktiviti yang diselenggarakan terutama aktiviti-aktiviti kebahasaan
serta kesusasteraan.