
Sejarah
Rengkas
Dasar Penubuhan
Maklumbalas
Cari
Maklumat
Majalah
dan Jurnal Terbitan DBP

|
Majalah Bahana
Terbitan
2002
Terbitan 2003
Terbitan 2004 
 PENGENALAN
-
Bahana ialah majalah sastera kreatif
diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei yang bermotokan ‘Wadah
Hati Nurani Penulis Sastera Kreatif’. Mula diterbitkan pada bulan
Jun 1966 sebagai majalah berkala triwulan yang mendokong bahasa, sastera
dan budaya tanah air.
-
Pada masa ini Bahana diterbitkan sebulan
sekali, memuatkan karya penulis tempatan dan penulis mapan luar negara.
Ganre karya ialah cerpen, sajak, artikel sastera dan karya sastera
klasik seperti syair, pantun dan haiku di samping bimbingan sastera
untuk membantu pelajar peringkat A dan O dalam mata pelajaran Sastera
dan Bahasa Melayu.
-
Sasaran Bahana ialah untuk para penggiat dan
pencinta sastera tempatan dan luar negara. Fokus utamanya kini ialah
para graduan dan pelajar yang akan menjadi pemangkin sastera di hari
depan.
-
Kandungan Bahana: 4 – 5 buah cerpen/cerpen
terjemahan, 20 buah sajak, 4 judul pantun (8 – 10 rangkap setiap judul),
4 judul syair (8 - 10 rangkap setiap judul) 15 judul haiku, 15 judul
tanka, 2 – 4 bimbingan mata pelajaran Sastera, liputan kegiatan sastera
di tanah air dan selebihnya aritkel sastera dalam pelbagai bentuk.
-
Saiz Bahana 210mm X 280mm, tebal 72 halaman
dan berharga B$3.00.
-
Potongan harga 20% akan diberikan kepada
pelanggan bulanan dan wakil penjual. Sila hubungi:
Bahagian Pemasaran
Dewan Bahasa dan Pustaka
Lapangan Terbang
Lama Berakas BB3510
Negara Brunei Darussalam
atau e-mel kepada
kc_pemasaran@brunet.bn
-
KUIZ MAJALAH BAHANA (berkumpul setahun)
diterbitkan setiap keluaran. Soalan kuiz adalah berkisar di dalam
lingkungan majalah yang diterbitkan pada keluaran yang sama. Hadiah
untuk Kuiz ini akan disampaikan pada awal tahun 2004.

Pengiriman karya boleh dilakukan melalui pos atau e-mel
dengan menyertakan:
-
Biodata ringkas
-
Foto wajah penulis
-
No. Kad Pengenalan dan warna
-
Alamat
-
No. Telefon
-
No. Buku akaun bank (jika ada)
Ke alamat:
Editor Bahana
Dewan Bahasa dan Pustaka
Lapangan Terbang
Lama Berakas BB3510
Negara Brunei Darussalam
atau melalui e-mel
editor_bahana@brunet.bn
<< Balik ke Laman Utama
|