Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBuku

TERBITAN BUKU DBP TAHUN 2019

ginokritik_2019.png

GINOKRITIK NOVEL GERUN KARYA NORSIAH ABD GAPAR

 TAHUN: 2019

ISBN: 978-99917-68-72-4

HARGA: BND5.00


​Teori ginokritik merupakan satu teori kritikan sastera yang menganalisis perbezaan bentuk karya wanita dengan karya lelaki dalam penghasilan karya. Buku ini bukan hanya memperkenalkan teori dan pendekatan ginokritik secara jelas, malah memaparkan bagaimana karya penulis wanita itu berbeza dengan karya penulis lelaki, iaitu dengan menyentuh aspek-aspek biologi, psikologi, Bahasa dan budaya wanita yang merupakan model gagasan yang diperkenalkan oleh Elaine Showalter.

sejarah pembentukan perlembagaan negeri brunei.png

SEJARAH PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN NEGERI BRUNEI 1959

 TAHUN: 2019

ISBN: 978-99917-68-45-8

HARGA: BND5.00


​Sebelum terbentuknya Perlembagaan Negeri Brunei 1959, Negara Brunei Darussalam seperti juga negara lain sebelum merdeka, banyaK menempuh cabaran dan ancaman. Pencabulan kuasa-kuasa Barat yang berorientasikan kolonialisme bukan sahaja menggugat kestabilan politik, tetapi juga perkembangan social dan ekonomi negara. Dengan kebijaksanaan pemimpin negara ketika itu, kemerdekaan dan kedaulatan Brunei dapat dicapai semula apabila Perlembagaan Negeri Brunei 1959 diisytiharkan secara rasmi pada 29 September 1959.
Dengan adanya ketaatsetiaan dan keadilan rakyat kepada Perlembagaan Negeri Brunei 1959, Negara Brunei Darussalam dapat melangkah setapak demi setapak kearah kemajuan negara sehingga tercapainya keperluan-keperluan untuk merdeka pada tahun 1984.

novel terpilih muslim burmat.png

NOVEL-NOVEL TERPILIH MUSLIM BURMAT: SATU KAJIAN PSIKOANALISIS

TAHUN:2019

ISBN: 978-99917-68-73-1

HARGA: BND5.00

 


Buku ini merupakan penelitian yang dibuat oleh penulis terhadap novel-novel Muslim Burmat Lari Bersama Musim (1982) dan Maka (2004). Kedua-dua novel ini dihasilkan dalam satu jarak masa yang berbeza. Dan, untguk menyelami wilayah kejiwaan pengarang, penulis memilih pendekatan psikoanalisis yang diasaskan oleh Freud, dan seterusnya melakukan saringan terhadap kehidupan alam bawah sedar pengarang yang akhirnya disalurkan ke dalam karya.
trickster sipaluian.png

TRICKSTER SI PALUIAN

TAHUN: 2019

ISBN: 978-99917-68-53-3

HARGA: BND5.00


Sifat Si Paluian sering distereotaipkan sebagai negative semata-mata sehinggakan nilai-nilai positif yang ada pada dirinya terabaikan. Buku ini mengupas dua kualiti yang bertentangan dalam diri Si Paluian dengan menggunakan teori trickter bagi membuktikan bahawa Si Paluian juga sebenarnya turut mencitrakan sifat positif yang lain.
istilah sains makanan.png

ISTILAH SAINS MAKANAN


TAHUN: 2019

ISBN: 978-99917-67-93-2

HARGA: BND5.00


Istilah Sains Makanan diterbitkan hasil kerjasama dengan Bahagian Industri Agrimakanan, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan.

Buku ini bertujuan untuk menstandardisasikan 1254 entri istilah Sains Makanan dalam Bahasa Melayu agar selaras dengan kepentingan ilmu pengentahuan moden.


kuih muih.png

KUIH-MUIH ASLI BRUNEI (THE TRADITIONAL KUIH-MUIH OF BRUNEI)

 

TAHUN: 2019

ISBN: 978-99917-68-46-5

HARGA: BND10.00


​Buku ini merupakan buku resipi "bagas tangan" nenek moyang masyarakat Melayu Brunei. Ia rentetan daripada buku Kuih-MuihAsli Brunei yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1986. Buku ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris dan diterbitkan dalam bentuk bilingual agar penyebarannya meluas dan difahami oleh masyarakat antarabangsa. Beberapa penambahbaikan dibuat dalam buku ini yang bertujuan untuk memudahkan khalayak agar lebih memahami tatacara pembuatan kuih-muih asli Brunei.
metodologi penangkapan ikan.png

METODOLOGI PENANGKAPAN IKAN

TAHUN: 2019

ISBN: 978-99917-68-39-7

HARGA: BND5.00


​Terdapat pelbagai metode untuk menangkap ikan daripada peralatan tradisi sehingga peralatan moden. Nelayan tradisional menggunakan metode tradisi untuk menampung sumber keperluan harian. Metode ini malah dipertingkatkan lagi untuk komersial.


Hubungan lain dalam metode penangkapan ikan ialah kemahiran dan pengalaman tentang ikan dan sifatnya, habitat dan aktiviti ikan, serta alat bantu pengangkapan ikan seperti umpan, batu dan sebagainya. Ciri lain seperti fenomena alam juga mempengaruhi aktiviti penangkapan ikan.


muhasabah.png

MUHASABAH?!... "IYATAH TU"

TAHUN: 2019

ISBN: 978-99917-68-47-2

HARGA: BND5.00


​Mengenali dan memahami diri sendiri ialah perkara yang paling sukar, apatah lagi untuk mengakui kesalahn, tetapi pentingnya mengadaptasi pengetahuan melalui pembacaan, mendengar ceramah agama dan motivasai, menilai keadaan sekeliling dan sebagainya dapat memuhasabah diri dan menjauhkan tanggapan negatif yang berlaku dalam diri.

Metlamat yang disampaikan dalam buku ini mengandungi makna yang tersirat sebagai bahan untuk mendidik diri kita, merenung kembali apa yang telah kita lakukan, merancang untuk memperbaiki diri serta menyusun melangkah baru ke arah yang lebih baik. Selain itu, pembaca akan dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam diri untuk menilai dan muhasabah diri.


pemikiran.png

PEMIKIRAN PENULISAN KREATIF (ANTOLOGI ESEI SASTERA)

TAHUN: 2019

ISBN: 978-99917-68-50-2

HARGA: BND5.00


​Sejumlah 12 buah tajuk esei yang dimuatkan dalam Antologi Esei Pemikiran Penulisan Kreatif hasil daripada Peraduan Menulis Esei Sastera Bahana DBP-BSP 2012. Sesebuah esei merupakan tulisan melalui pandangan seseorang pengarang hasil penelitiannya yang merangkum beberapa elemen, seperti kritikan, kesusasteraan, hjah-hujah dalam membicarakan pelbagai petikan daripada pemikiran, membahas persoalan dan memaparkan tentang sesuatu dari sudut pandangan penulis. Ini semua menghuraikan masalah dalam kesusteraan, kesenian, kebudayaan, ilmu pengetahuand dan falsafah melalui gagasan dan wawasan pengarang. 
istilah pemakanan.png

ISTILAH PEMAKANAN/ GIZI

TAHUN: 2019

ISBN: 978-99917-68-68-7

HARGA: BND5.00


Buku Istilah Pemakanan/ Gizi berperanan sebagai wahana penyebaran ilmu kepada masyarakat khususnya dan pakar-pakar ilmuwan yang berkecimpung dalam bidang pemakanan. Buku daftar Istilah Pemakanan/ Gizi ini mengandungi sebanyak 707 entri istilah.
ANTOLOGI CERPEN- JALAN-JALAN DI TEPI JALAN.png

ANTOLOGI CERPEN: JALAN-JALAN DI TEPI JALAN

 

TAHUN: 2019

ISBN: 978-99917-67-94-9

HARGA: BND6.00


​Peraduan Menulis Cerpen Kreatif Bahana DBP-BSP 2011 bertujuan untuk memantapkan penulis-penulis yang sedia ada du samping melahirkan penulis baharu yang berpotensi dalm menghasilkan karya-karya yang bersifat kreatif serta menyingkap pemikiran penulis kea rah pembentukan jadti diri dalam berkarya. Dengan adanya kerjasama padu antara Dewan Bahasa dan Pustaka dengan Syarikat Minyak Brunei Shell Sendirian Berhad sejak tahun 1998, maka lebih ramai lagi penulis tempatan tampil ke hadapan dengan karya yang berkualiti khususnya dalam mendedahkan penulis terhadap dunia kekreatifan dan keintelektualan seterusnya memperkayakan khazanah sastera tanah air. "Jalan-jalan di Tepi Jalan" karya pengiranmetassan@yahoo.com diangkat sebagai judul antologi ini dan dipilih sebagai penerima Hadiah Penghormatan Pertama Peraduan Menulis Cerpen Kreatif Bahana DBP-BSP 2011. Antologi ini turut menggabungkan penulis-penulis tempatan, iaitu Darmatasia, Pungguk Hijau, Haji Bujang HMN, Abi-Ros Alani, Firdaus H.N, A.R Romzi dan Haji Md. Harun HK.
FIKSI MINI 16-60.png

FIKSI MINI 16:60

 

TAHUN: 2019

ISBN: 978-99917-68-57-1

HARGA: BND8.00


Fiksi Mini 16:60 merupakan sebuah lagi nukilan Haji Morshidi Haji Marsal, memuatkan 101 jenis cerita yang menarik dan bermoral. Buku ini sejenis koleksi fiksi mini yang dihasilkan selepas projek 365 (tahun 2012-2013). Fiksi mini ialah cerita yang ditulis secara ringkas, padat dan tidak melebih 1,000 patah perkataan. Ia menjurus kepada pengkategorian sketsa.

Karya Haji Morshidi Haji Marsal ini sememangnya ditunggu-tunggu oleh penggemar sastera kerana mesej dan moral yang disampaikan membawa makna yang taksa, dan memerlukan penelitian yang tajam.