The Government of Brunei Darussalam

 

 

        CAWANGAN BAHAGIAN

Dalam menangani kerja-kerja penerbitan buku dan majalah serta bahan cetak lain.  Bahagian Penerbitan di bahagikan 4 cawangan iaitu:

1.  Cawangan Rampaian

Cawangan ini mengendalikan penerbitan program, sijil, borang dan lain-lain untuk sesuatu majlis atau projek yang diusahakan oleh bahagian-bahagian lain.

 2.  Cawangan Majalah

Cawangan ini bertanggungjawab mengendalikan penerbitan majalah dan jurnal    terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.   Sebanyak lima tajuk majalah dan jurnal diterbitkan ketika ini iaitu Majalah Mekar, Majalah Juara, Majalah Bahana, Jurnal  Beriga dan Jurnal Pangsura.  Majalah Mekar diterbitkan dua bulan sekali dengan jumlah terbitan sebanyak 3000 naskhah, Majalah Juara diterbitkan dua bulan sekali dengan jumlah terbitan sebanyak 2000 naskhah, Majalah Bahana diterbitkan dua bulan sekali dengan jumlah terbitan sebanyak 1000 naskhah, Jurnal Beriga diterbitkan tiga bulan sekali dengan jumlah terbitan sebanyak 1000 naskhah dan  Jurnal Pangsura diterbitkan enam bulan sekali dengan jumlah terbitan sebanyak 500 naskhah.

 

3.   Cawangan Buku

Cawangan buku bertanggungjawab mengendalikan penerbitan buku Dewan Bahasa dan Pustaka.  Cawangan ini dibahagikan kepada beberapa sub-cawangan mengikut kategori buku yang akan diterbitkan seperti:

a.       Sub-cawangan Buku Umum

b.      Sub-cawangan Buku Sastera

c.       Sub-cawangan Buku Teks Tambahan

  

4.    Cawangan Pruf

Cawangan Pruf bertanggungjawab mengendalikan penyemakan buku, majalah, program, borang, sijil dan bahan cetak lain dari peringkat manuskrip sehingga dami sebelum dicetak.


<< Balik ke Laman Utama Bahagian Penerbitan


|| Sejarah Ringkas | Latarbelakang | Peranan & Program | Struktur | Rujukan Bidang Bahagian & Tugas | Maklumbalas ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||