Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBahagian Seni Lukis dan Reka Bentuk

Pengenalan

Bahagian ini dikenali sebagai Bahagian Seni Lukis dan Rekabentuk yang mana sebelumnya dikenali sebagai Bahagian Seni Lukis dan Penjilidan. Ramai pegawai dan staf ialah 16 orang dan seorang kerani. Matlamat utama bahagian ini ialah untuk memberi khidmat dan sebagai sendi dalam menyediakan apa jua hal yang berhubung kait dengan seni lukis dan rekabentuk (typesetting, ilustrasi, layout) menyediakan gambar-gambar bagi penerbitan buku-buku, majalah, jurnal dan sebagainya.Bahagian Seni Lukis dan Rekabentuk telah dibahagikan kepada 2 cawangan iaitu Cawangan Seni Lukis dan Cawangan Rekabentuk di mana setiap cawangan tersebut telah dipecahkan lagi kepada beberapa unit.

Fungsi, Tugas dan Tanggungjawab Bahagian/Unit

Ketua Bahagian adalah bertanggungjawab untuk mengetuai Bahagian Seni Lukis dan Rekabentuk. Sementara itu, Ketua Cawangan Seni Lukis bertanggungjawab untuk merancang dan mengatur segala kegiatan yang berhubung kait dengan projek yang diselenggarakan oleh DBP. Cawangan ini bertanggungjawab untuk menyediakan alat kelengkapan dan dekorasi pada setiap kegiatan seperti menyediakan poster, billboard, latar belakang pentas, kain rentang dan hiasan bangunan.

Manakala Unit Seni Foto berfungsi sebagai unit yang menyediakan gambar-gambar dalam bentuk gambar cetak (print), slaid dan juga filem video. Cawangan Rekabentuk pula adalah bertanggungjawab dalam menyediakan lukisan, ilustrasi serta menyediakan (perwajahan muka surat) layout buku, kulit buku/majalah/jurnal dan sebagainya iaitu dari awal (menerima manuskrip) hinggalah siap untuk dicetak dalam bentuk hardcopy dan dalam "Zip Disk" bagi keperluan pembuatan filem (colour separation).


STRUKTUR B8.jpg

 

SEJARAH DAN PERANAN

Bahagian Seni Lukis telah ada sejak ditubuhkan Bahagian Bahasa dan Pustaka di bawah Jabatan Pelajaran dalam tahun 1962. Di awal penubuhan Bahagian Bahasa dan Pustaka ini, senilukis sudah mengambil peranan yang besar dan berkesan dalam menyampaikan tujuan dan fungsi jabatan dan hasrat kerajaan melalui poster, billboard, risalah dan stiker.

Dengan tersebarnya lukisan-lukisan poster dan pelekat-pelekat dan lain-lain yang dihasilkan oleh Bahagian Seni Lukis, jabatan ini mula dikenali oleh segenap lapisan masyarakat baik di pihak kerajaan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang tertentu. Bahagian ini, disamping melaksanakan kerja-kerja rasmi jabatan, juga membuat kerja-kerja yang bersangkut-paut dengan seni lukis dari jabatan-jabatan lain.



Diawal penubuhan, bahagian ini mempunyai 2 orang pelukis iaitu seorang berjawatan Pelukis dan seorang berjawatan Penolong Pelukis. Awal tahun 60an apa jua kegiatan dan projek jabatan yang bahagian ini dilibatkan adalah berupa awalan perlaksanaan yang belum pernah dibuat oleh mana-mana Jabatan dan sebagainya. Seperti mendaulatkan kembali Bahasa Melayu di mana kegiatan tersebut menekankan kepada seluruh rakyat dan penduduk untuk menyokong dan menggunakan Bahasa Melayu dalam semua bidang termasuk mengarahkan semua jabatan kerajaan dan swasta menggunakan Bahasa Melayu dalam surat-menyurat dan sebagainya.

Dengan menyebarkan poster-poster dan memasang billboard-billboard yang lukisan dan pesan-pesan katanya yang dinamik ternyata dapat membantu dan mendapat perhatian dan memberi kesan.

Begitu juga dalam bidang pendidikan, jabatan ini juga sebagai penghulu di negeri ini dalam menyediakan penerbitan buku-buku bacaan sekolah yang sesuai dengan keperluan suasana kita, kemudian diikuti pula dengan penerbitan majalah-majalah dan rekabentuk stem yang kesemuanya itu dilahirkan dengan melibatkan Bahagian Seni Lukis yang memberi khidmat semaksima yang boleh walaupun dalam keadaan serba kekurangan.



Di awal perjalanan DBP, bahagian ini juga, walaupun dengan seorang pegawai, telah melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan seperti membuat penyelidikan budaya dan adat istiadat, melakukan kerja juru gambar dan membuat rakaman syair-syair lama dan lain-lain lagi disamping mengusahakan bahan seni bagi penerbitan 3 buah majalah iaitu Mekar, Bahana, Beriga dan buku-buku bacaan. Bahagian ini juga menerima kerja-kerja dari jabatan-jabatan kerajaan dan pertubuhan yang ada kaitannya dengan fungsi DBP.



Pada bulan Ogos 1968, bahagian ini meneruskan tugas-tugas yang biasa dilaksanakan dan meningkatkan lagi kegiatan untuk berperanan terhadap perkembangan seni lukis di negara ini yang dirasakan masih tertinggal jauh baik dari segi nilai budaya, falsafah, estitika dan teknologinya. Atas restu Pengarah DBP, 2 orang pegawai bahagian ini dan dibantu oleh beberapa orang lainnya telah membina papan-papan pameran secara kekal dan serbaguna diruang lapang tingkat bawah bangunan DBP yang dapat dimanafaatkan dalam segala kegiatan bukan sahaja untuk jabatan malah oleh jabatan-jabatan lain dan orang ramai hingga masa ini.



Bahagian ini telah membuat inisiatif mengajak bersama beberapa orang yang minat dalam seni lukis untuk ikut serta outing painting (melukis diluar) setiap hujung minggu ke tempat-tempat yang mana perkara ini tidak pernah dilakukan oleh pelukis Brunei dan sebelumnya dan juga untuk menambahkan hasil karya dan keyakinan diri pelukis di samping untuk merakam di atas kanvas panorama negara Brunei yang akan berubah mengikut kemajuan zaman.

Hasil dari kegiatan ini pameran seni lukis telah diadakan.Hal ini mendapat perhatian dari banyak golongan, antaranya dari Jawatankuasa Tertinggi sambutan Hari Keputeraan DYMM di mana tahun berikutnya menyerahkan kepada bahagian ini untuk mengendalikan peraduan dan pameran seni lukis sempena hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia.Disaat awal bahagian ini menjadi penganjur peraduan dan pameran seni lukis, telah dapat mengubah keadaan dan corak rupa seni lukis di Brunei ke tahap yang lebih baik dan universal.

Pada tahun 1970, Jabatan Setiausaha Kerajaan telah memberi arahan untuk bahagian ini mengendalikan pameran seni lukis yang bertema sejarah untuk acara sempena pertukaran Bandar Brunei menjadi Bandar Seri Begawan. Dengan menyertakan beberapa orang pelukis lain bahagian ini telah berjaya mengadakan pameran seni lukis tersebut dengan karya-karya yang bercorak sejarah dan budaya.

Banyak inisiatif kesedaran sendiri yang dilaksanakan oleh bahagian ini dalam berperanan untuk menunjang keperluan kesenian dan budaya bagi sesebuah negara, antaranya seperti pameran terbuka kerana mengutip Derma Tabung Pembinaan Stadium diadakan setiap hujung minggu sepanjang tahun 1972 dan 1973.

Kegiatan-kegiatan seni lukis lainnya yang digerakkan dari bahagian ini telah melahirkan Persatuan Pelukis Brunei.

Dalam melaksanakan tugas seharian bahagian ini berusaha untuk memperbaiki perkhidmatannya ke tahap yang optima, terutama dalam menyediakan bahan untuk penerbitan buku dan majalah iaitu dalam bidang ilustrasi, rekabentuk dna perwajahan muka surat, begitu juga ketetapan jangka masa terbit.

Boleh dikatakan hampir semua kegiatan dan projek dari bahagian-bahagian lain melibatkan bahagian ini.Kekurangan kakitangan menjadikan pelukis bahagian ini menghadapi dua atau tiga pekerjaan dalam satu masa. Kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan lain juga menaruh kepercayaan ke bahagian ini bagi bantuan kerja-kerja rekabentuk dan sebagainya menjadikan bahagian ini menghadapi kerja-kerja yang berterusan.

Bahagian ini diperlengkapkan dengan alat-alat dan mesin yang diperlukan untuk membantu kelicinan sebahagian kerja-kerja tertentu.

Arus perubahan cara perlaksanaan kerja mengikut kemajuan pencapaian teknologi memberi kesan dan pengaruh ke bahagian itu.Dalam perlaksanaan pra-penerbitan buku, komputer telah mengubah sebahagian besar cara konvensional, dari rekabentuk perwajahan cara manual menjadi Computer Adobe Photoshop yang mana memberi kemudahan dalam beberapa perkara. Bahagian ini telah dilengkapi dengan 14 buah komputer untuk kerja persediaan penerbitan majalah Mekar, Naindung, Bahana, Beriga dan Pangsura serta kerja kreatif yang lain. Setiap pegawai dan kakitangan di bahagian ini diberi peluang untuk menambahkan kemahiran dan pengetahuan dengan mengikuti kursus di dalam dan di luar negeri yang bersangkutan dengan tugas juga berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah ke institut pengajian tinggi di luar negeri.

Dengan berkembang dan meningkatnya keupayaan teknologi maklumat dan komunikasi yang secara langsung dapat menembusi pejabat-pejabat, rumah-rumah, sekolah-sekolah dan sebagainya, kemungkinan di masa akan datang kedudukan penerbitan buku akan menjadi kelas kedua sebagai alat maklumat dan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Fungsi jabatan ini dalam mengembangkan Bahasa Melayu melalui bahan bacaan mungkin dan jelas dapat dimenafaatjan melalui perkembangan teknologi baru ini, dari media cetak kepada media elektronik. Kemungkinan bahagian ini akan berperanan seumpama production house yang mengendalikan bahan bukan saja teks dan visual tetapi juga sound. Bahagian Seni Lukis dan Rekabentuk telah mengendalikan bengkel, peraduan dan pameran ilustrasi dan pameran seni lukis.