Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksSejarah Ringkas

Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei ialah sebuah Jabatan Kerajaan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam. Jabatan ini bertanggungjawab sebagai badan Pembinaan dan Pengembangaan Bahasa dan Sastera, Penyelidikan dan Dokumentasi Kebudayaan dan Penerbitan Buku yang terbesar di negara ini di samping berperanan menyediakan perkhidmatan perpustakaan di seluruh negara.

Sejak 29 September 1959, dengan sempurnanya penandatanganan Perlembagaan Negeri Brunei 1959 yang telah mengangkat dan menempatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Negara.

Pada tahun 1961, Kerajaan Brunei telah meluluskan penubuhan sebuah lembaga yang dikenali sebagai Lembaga Bahasa. Oleh kerana nama Lembaga Bahasa difikirkan kurang sesuai, satu cadangan telah dibuat untuk menukar nama Lembaga Bahasa menjadi Bahagian Bahasa dan Pustaka, di bawah bidang kuasa Jabatan Pelajaran.

Mulai 1 Januari 1965, Bahagian Bahasa dan Pustaka dipisahkan daripada Jabatan Pelajaran dan menjadi sebuah jabatan baharu yang dikenali sebagai Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.