KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA
DAN SUKAN
NEGARA BRUNEI
DARUSSALAM
KENYATAAN
TAWARAN
BILANGAN
TAWARAN:
|
22/JUNE/2010/KKBS/PJK/16.9/12
|
TAJUK
TAWARAN:
|
PEMBINAAN
TAMAN BELIA DI KOMPLEKS SUKAN NEGARA HASSANAL BOLKIAH, BRUNEI
DARUSSALAM
|
- Tawaran
adalah dipelawa daripada Syarikat-Syarikat / Pemborong-Pemborong tempatan
yang berdaftar di Kementerian Pembangunan dalam Kelas III dan IV sahaja.
- Syarikat-Syarikat
yang dimiliki oleh kakitangan Kerajaan dan seumpamanya tidak akan dilayan
dan tidak sah untuk dinilai.
- Dokumen
tawaran boleh diperolehi dari Bahagian
Kewangan, Tingkat 7, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Simpang
336-17 Jalan Kebangsaan, Brunei Darussalam semasa hari/waktu bekerja.
- Penerangan
lanjut boleh dirujuk kepada pegawai
penyelia kerja dari Unit
Pengurusan Estet, Blok B, Tingkat 7 , Kementerian Kebudayaan, Belia dan
Sukan, Simpang 336-17 Jalan Kebangsaan, Brunei Darussalam.
- Yuran
Tawaran adalah $25.00 sahaja
dan tidak akan dikembalikan kepada setiap pemborong sama ada yang berjaya
atau yang tidak berjaya setelah menghantar tawaran yang sah (‘bona-fide tender’).
- Tawaran
hendaklah dihadapkan dalam sampul surat yang rapi (‘sealed’) dengan menyatakan bilangan dan tajuk tawaran serta
tarikh tutup tawaran tanpa menyatakan nama penender/syarikat dengan
dialamatkan kepada Pengerusi Lembaga
Tawaran Kecil, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Simpang 336-17,
Jalan Kebangsaan, BS8110, Negara Brunei Darussalam.
- Tawaran
yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran yang
disediakan di:
Tingkat
1, Ruang Masuk/Penyambut Tetamu
(depan
kaunter sekuriti)
Bangunan
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
Simpang
336-17, Jalan Kebangsaan BS8110
Negara
Brunei
Darussalam
Tidak lewat jam 2.00 petang hari
Selasa 27 Julai 2010.
- Tawaran
yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang telah ditetapkan tidak akan
dilayan.
- Tarikh terakhir mengambil dokumen
tawaran adalah pada hari Rabu, 17
Julai 2010, jam 11.00 pagi.
- Tawaran-tawaran
mestilah dihantar dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah
disediakan. Tawaran yang mempunyai pengecualian tidak akan dilayan.
- Sebelum
dokumen tawaran dikeluarkan, setiap Syarikat/Pemborong yang mengambil
bahagianadalah dikehendaki untuk menghadapkan salinan Sijil Pendaftaran
Kontraktor di Kementerian Pembangunan dan dikehendaki membayar yuran
tawaran dengan kadar yang telah ditetapkan.
- Setiap
borang tawaran yang telah diisikan dengan lengkap hendaklah menyertakan
salinan sijil pendaftaran (seperti kenyataan para 11)dan salinan resit
pembayaran yuran tawaran (seperti kenyataan para 5).
- Kerajaan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri BAGINDA Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak akan semestinya menerima
tawaran-tawaran yang rendah atau lain-lain tawaran.
- Syarikat
yang menolak atau membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran
tawaran diperolehi akan dikenakan denda selaras mengikut peraturan dan
garis pandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara, rujukan
LTN/4(39/1997).