![]() |
|
![]() |
|
|
|
![]() |
|
![]() |
|
![]() |
|
![]() |
|
![]() |
|
![]() |
|
![]() |
|
![]() |
SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM |
Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Tekad Pemendulian Orang Ramai (TPOR)
|
|
Huraian Tema Tema ini cuba mengangkat rasa “daya saing” ke suatu tahap di mana ia berperanan khusus sebagai salah satu teras atau dasar terpenting dalam ketahanan nasional yang ditakrifkan sebagai kekuatan kemampuan serta kelutanan sesuatu bangsa menghadapi hambatan serta gangguan yang dapat membahayakan kelangsungan hayat berbangsa dan bernegara. Dalam proses berbangsa dan bernegara yang merdeka lagi berdaulat, ciri-ciri ketahanan nasional sewajarnya diambil kira dalam maslahat perancangan nasional seperti perancangan sosio-budaya, sosio-ekonomi, sosio-politik dan pendidikan. Ciri-ciri ketahanan nasional yang pelbagai mewarnai kehidupan bangsa seperti keteguhan dan kekuatan dalaman (keteguhan daya saing, semangat mandiri, ketaatan beragama, kesetiaan beraja, permuafakatan melalui syura, budaya bersopan santun, sifat pemedulian dan toleransi berjiran tetangga, dan lain-lain) perlu mendasari sebahagian utama perancangan pembangunan nasional di samping upaya kelengkapan prasarana pembangunan fizikal (persenjataan, rangkaian perhubungan, rancangan perumahan rakyat, pembinaan institusi-institusi pendidikan, dan lain-lain). Dengan kata lain, ketahanan nasional harus dilihat dari pelbagai sudut strategik maslahat jangka panjang survival bangsa. Pada zaman globalisasi dunia tanpa sempadan ini di mana pengaruh dan sistem nilai penghidupan. “community of nations” adalah bersifat supranasional, maka adalah mustahak yang segala upaya memperteguh ketahanan nasional (terutamanya ciri-ciri dalaman) hendaklah mengambil kira jangkauan supranasional itu. Tema “Bersepadu Memperkasa Mandiri Bangsa” bagi Sambutan Ulang Tahun Ke-21 Tahun 2005 telah mengangkat semangat “mandiri (semangat berusaha sendiri, semangat berkarih sendiri) kesuatu tahap dalam kesatuan esprit do crops bangsa. Semangat mandiri adalah juga salah satu ciri penting dalam ketahanan nasional. Wacana di sebalik semangat mandiri itu hendaklah diperkukuh serta diperkasa lagi dengan ciri daya saing yang kental dan dinamik yang dimiliki oleh warga bangsa Gabungan semangat mandiri, semangat patriotik, keteguhan daya saing dan sifat-sifat positif yang lain dimiliki oleh bangsa kita akan dapat memandu dengan selamat bahtera Bangsa Brunei melayari lautan globalisasi yang ditandai oleh pelbagai cabaran segenap profesion kehidupan (di darat, di laut, di udara) perlu diperteguh / diperkasa supaya dapat bersaing dalam hindik terajang kehidupan yang semakin kompetitif agar Bangsa Brunei tidak terpinggir dari arus perdana pembangunan “community of nation” sama ada di peringkat serantau atau antarabangsa. Upaya memperteguh daya saing itu hendaklah menyeluruh dan berkesan untuk melahirkan warga bangsa (khususnya golongan belia) “yang berilmu dan literate: literate budaya, literate sastera, literate adat, dan berupaya berperanan sebagai regional player atau global player.” (Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dalam Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara ke-3 pada 8 April 2005).
|