![]() |
|||||
![]() |
|||||
Diari KKBS | Sejarah Ringkas | Visi & Misi | Carta Organisasi | Bahagian-Bahagian | Jabatan-Jabatan |
Terbaru
|
SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TITAH
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI
HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADDIN
WADDAULAH
SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-22
HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI
DARUSSALAM
PADA 23 FEBRUARI 2006
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh BismiIIahir
Rahmanir Rahim ALHAMDULILLAHI
Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya
Waddeen, Wassalaatu Wassalaamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen,
Sayyidinaa Muhammadin, Wa’alaa Aalihee Wasahbihee Ajma’een,
Waba’du. Alhamdulillah,
Beta bersyukur kehadhrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana
dengan izin dan limpah rahmatNya jua, dapatlah kita
menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan ke-22 dalam suasana
aman dan sej ahtera. Tahun ini
adalah tahun ke dua puluh lindungnya Paduka Ayahanda Beta,
AI-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Kl1airi
Waddien. Maka amat
wajarlah rasanya kita mengenang semula Baginda itu selaku
raja yang amat prihatin kepada nasib bangsa dan negara ini. Usaha Paduka
Ayahanda untuk memajukan bangsa dan negara, adalah tidak ada
tolok bandingnya. 1a dibuat tanpa memikirkan kepentingan
diri, dan bahkan tanpa menghiraukan sebarang tekanan
daripada mana-mana juga pihak. 1a berjalan begitu teratur,
sehingga membuahkan hasil yang sangat membanggakan. Dan kita
alharndulillah, telah mengambil banyak teladan daripada
Baginda itu, yang menjadikan kita terus mantap serta
menikmati hasil usaha dan perjuangan kita yang panjang. Perjalanan
kita kearah menjana kemakmuran mestilah diteruskan. Ia
bukanlah satu jalan mudah, tetapi memerlukan tenaga serta
daya fikir yang kuat, sehingga mampu meletakkan kita untuk
berhadapan dengan pelbagai rintangan. Diantara
rintangan-rintangan itu ialah kemungkinan terdapatnya
kekurangan tenaga. Di dunia pada
hari ini, rata-rata orang bergantung kepada sumber tenaga
minyak dan gas, sedangkan dua sumber ini adalah merupakan
sumber yang terhad, serta berkemungkinan untuk pupus pada
suatu ketika kelak. Dalam makna,
dunia kita ini - apabila sampai waktunya - akan berhadapan
dengan kekurangan sumber tenaga itu, yang boleh menjadikan
semua pihak terjejas atau tergugat. Tidakkah ini suatu
malapetaka besar jika berlaku? Disinilah
harganya hidup saling membantu dan menjalin persefahaman. Ia
berguna, bukan sahaja dalam masa senang, malahan lebih perlu
ketika ditimpa kesusahan. Kesenangan itu boleh sahaja
dicapai dengan kerja keras,. tetapi musibah jika berIaku,
biasanya adalah diluar jangkaan. Sebab itulah,
idea menubuhkan “BadanDunia” adalah suatu ‘idea besar’
tujuannya yang utama ialah, supaya hubungan di antara
bangsa-bangsa menjadi rapat dan padu, bukannya untuk
bersengketa atau berpecah belah. Ugama kita,
Islam, sudah pun lebih awal melihat perkara ini, bilamana
Allah Subhanahu Wata’ ala berfirman di dalam Surah al-Hujurat
ayat 13, tafsirnya: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami
telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami
juga menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku kaum,
supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra diantara
satu dengan yang lain). (Namun) sesungguhnya yang paling
mulia diantara kamu disisi Allah ialah, siapa yang lebih
takwanya.” Jika kita
mengambil semangat Ayat ini, manusia tidaklah akan bergaduh,
tidak akan menghina sesama sendiri; apatah lagi menghinakan
para nabi dan rasul, siapa yang secara istimewa telah di
utus untuk menyempurnakan akhlak serta mengajar manusia
bagaimana untuk mengenali hidup ini, selaku hamba yang lemah
di hadapan al- Khaliq Yang Maha Pencipta. Jadi tidak
syak lagi, perbuatan menghina nabi dan rasul, sama ada
dengan lisan atau tulisan, adalah ia sangat jijik dan
dikutuk oleh semua tamadun dan ugama. Dengan apapun alasan
untuk menghalalkannya, termasuk dengan alasan kebebasan
bersuara dan akhbar, adalah tidak dapat diterima. Kita ingin
bertanya: Manakah satu yang lebih mulia dan lebih berharga,
nabi dan rasulkah, siapa yang menjadi penyelamat dan pembawa
rahmat kepada ‘alam seluruhnya, ataupun sekadar sekelumit
kebebasan yang didakwakan itu? Dan apalah yang ada pada
kebebasan jika ia digunakan untuk menyakiti hati serta untuk
mengharu-birukan dunia?
Alhalndulillah, Beta amatlah bersyukur, kerana kita di
negara ini dan juga media-media kita tidak terlibat langsung
untuk mempromosi tengkarah hitam yang tidak berfaedah itu.
Maka dengan ini, Beta delfgan tulus ikhlas ingin merakamkan
tahniah kepada negara dan rakyat, kerana terus mengekalkan
sifat-sifat ketamadunan yang tinggi lagi tulen di dalam
kehidupan kita. Beta yakin,
dengan berbekalkan sifat-sifat yang terpuji ini, bangsa kita
akan berupaya untuk melihat kehadapan, dimana jalan yang
berrmanfa’at untuk ditempuh, dan dimana pula yang tidak baik
untuk dihindari. Kita juga akan
turut berperanan, sama ada diarena serantau mahupun
antarabangsa, dengan pendekatan yang adil, iaitu sama-sama
melakar dan mengusahakan kebaikan, di mana dalam masa yang
sama juga sama-sama mengelak dan menolak keburukan. Beta yakin,
tidak ada cara yang lebih baik dari lni. Marilaah kita
berdo’a semoga Allah Subhanahu Wata’ala teru memeIihara kita
dengan taufiq dan hidayat-Nya dengan mengurniakan
keselamatan, ketenteraman dan kesejahteraan kepada negara. Akhirnya, Beta
mengucapkan terima kasih kepada ahli - ahli Jawatankuasa
Tertinggi dan lain-lain Jawatankuasa Sambutan Perayaan Ulang
Tahun ke Dua Puluh Dua Hari Kebangsaan, dan semua peserta
serta petugas yang turut berusaha untuk menjayakan perayaan
ini. Demikian juga
semua rakyat dan penduduk yang Beta kasihi, termasuk seluruh
peringkat ahli Perkhidmatan Awam, Pasukan-Pasukan
KeseIamatan serta mereka yang berkhidmat di sektor swasta,
Beta tidak lupa untuk merakamkan penghargaan dan ucapan
terima kasih yang tulus ikhlas. Sekian,
Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu ‘Alaikum
Warahmatulhlhi Wabarakatuh |