Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh
Bismillahir Rahmanir Rahim
ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa
Umuuriddunya Waddeen, Wassalaatu Wassalaamu ‘Ala Asyrafil
Mursaleen, Sayyidinaa Muhammadin , Wa’alaa Aalihiee Wasahbihee
Ajma’een, Waba’du.
Beta bersyukur kehadhrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana
dengan izin-Nya jua, dapatlah kita menyambut Ulang Tahun Hari
Kebangsaan Ke-23 dalam suasana aman dan sejahtera.
Hari ini sudah genap 23 tahun kita mencapai taraf selaku
sebuah negara merdeka lagi berdaulat.
Dalam usia 23 tahun ini, kita sudah menjadi matang dan mampu
untuk memahami cabaran-cabaIan kehidupan.
Di antara cabaran paling mencabar ialah kesediaan kita
mengakui kelemahan yang ada, di samping tidak pula lambat untuk
membuat pembaikan-pembaikan.
Dalam perkhidmatan awam, kita dikehendaki berfikiran terbuka
untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang ada, dan juga bersikap
pro-aktif untuk memperolehi kecemerlangan.
Demikian pula pihak swasta, digalakkan sama-sama untuk
menyumbang kepada pertumbuhan negara, khasnya dalam memperkasa
Kadar Pengeluaran Kasar Negara yakni G-D-P, melalui
kegiatan-kegiatan ekonomi yang lebih terarah dan bermakna.
Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan juga dapat dilihat
sebagai penting untuk membina negara dan bangsa, dengan
kegiatan-kegiatan mereka yang bermanfa’ at.
Di samping itu, orang ramai juga disatu pihak, mempunyai
tanggungjawab tersendiri dengan peranan-peranan mereka yang
beraneka jenls.
Keempat-empat sektor inilah yang menjadi tunggak utama
negara, untuk ia terus wujud selaku negara merdeka, yang mampu
berhadapan dengan suasana dunia yang amat kompetitif dan tidak
menentu ini.
Kegiatan-kegiatan berdaya maju yang berasaskan kepada
kematangan dan kemantapan sektor-sektor berkenaan itulah,
merupakan sumbangan paling bererti kepada negara. Dalam makna
sama-sama memberi dan menerima, bukan setakat menjadi pengguna
kepada sumber-sumber negara.
Kematangan dan kemantapan iaitu, tidak syak lagi, menjadi
bukti keupayaan kita memperkasa bangsa.
Selari dengan hasrat memperkasa bangsa, sektor perkhidmatan
awam memerlukan pengemasan dan peningkatkan etika yang lebih
disenangi.
Maka kearah ini, Beta telahpun memperkenankan penubuhan
sebuah jawatankuasa yang diberi nama Jawatankuasa Pandu
Pemberian Perkhidmatan Kepada Orang Ramai Oleh Agensi-Agensi
Kerajaan.
Jawatankuasa ini akan diselaraskan oleh Jabatan Perdana
Menteri dan akan bertanggungjawab bagi meningkatkan lagi kualiti
pemberian perkhidmatan kepada orang ramai.
Kita perlu melihat, selaku sebuah negara kecil dengan
sumbernya yang terhad, sudah tentu memerlukan tenaga-tenaga yang
lebih inovatif untuk menguruskan sumber tersebut. Hanya dengan
ini saja, kita akan mampu mengekalkannya serta juga mengadakan
nilai tambah yang diperlukan oleh negara.
Kecemerlangan ekonomi bukan diukur dari pencapaian kuantiti
semata-mata, malahan juga kualiti pembangunan secara
keseluruhan.
lni, adalah meliputi pengurusan sumber tenaga manusia di
bidang-bidang teknologi dan perniagaan. la mesti dirancang
secara teratur, untuk melahirkan para pakar dan cendekiawan di
dalam bidang masing-masing.
Kalau ini ada, bererti kita sudah layak sebaris dengan
negara-negara maju atau membangun di peringkat serantau dan
global.
Jadi dalam hubungan ini, nyatalah “tenaga” itu mesti jadi
fokus utama kita, khasnya yang bemama “tenaga manusia”. Tanpa
sumber tenaga ini, mustahil kita dapat melangkah maju, sekalipun
kita kaya dengan lain-lain sumber.
Satu lagi aspek penting di dalam era baru hari ini, iaitu
pengurusan alam sekitar. Ini juga turut memerlukan sumber tenaga
yang berkualiti.
Kerjanya memang sangat rumit, kerana ia berkaitan dengan
“dalaman” manusia. Kawalan dan arahan boleh saja dibuat, tetapi
mustahil untuk melihat kawalan dan arahan itu seratus· peratus
dipatuhi.
Jadi jawapannya, kita perlu mempunyai mekanisme yang kemas,
termasuk tenaga-tenaga pakar yang lutanan untuk menanganinya.
Disini suka juga Beta mengingatkan, supaya semua pihak
mempunyai rasa tanggungjawab untuk memelihara alam sekitar,
menjadikannya menarik dan bersih, tidak terdapat sampah sarap
yang berselerak, terutama di tempat-tempat membeli-belah,
pasar-pasar, termasuk juga pasar tamu dan pasar tani.
Berkaitan dengan fenomena alam, kita janganlah lupa terhadap
bencana-bencana yang sering rnelanda.
Kita telahpun sarna-sarna menyaksikan beberapa musibah yang
menimpa dunia, khasnya jiran-jiran kita. Kita mengikutinya
dengan penuh simpati bercampur cemas, kerana apa jua bentuk
bencana itu, bagi orang yang terlibat, tetap akan merasakan
pedihnya.
Melihat kepada situasi ini, kitapun juga perlu berwaspada, di
samping jangan lupa merafa’kan do’a kepada Allah, semoga negara
kita terus dilindungi dari sebarang malapetaka.
Dengan semangat simpati yang mendalam serta sifat kemanusiaan
yang tinggi inilah, kita mengasaskan hubungan kita dengan warga
dunia antarabangsa.
Kita berharap, jika Brunei dengan izin Allah mene’mati
kesejahteraan, maka demikian itu pula, kita mengharapkan
rakan-rakan kita di seluruh dunia dapat mene’matinya sarna.
Akhimya, Beta dengan ikhlas, merakamkan ucapan terima kasih
kepada ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi dan lain-lain
Jawatankuasa Sambutan Perayaan Ulang Tahun Kedua Puluh Tiga Hari
Kebangsaan, dan semua peserta serta petugas yang turut berusaha
untuk menjayakan perayaan ini.
Demikian juga sekalian rakyat dan penduduk yang Beta kasihi
termasuk semua peringkat ahli Perkhidmatan Awam, Pasukan-Pasukan
Keselamatan serta mereka yang berkhidmat di sektor swasta, Beta
tidak lupa untuk merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih
yang tulus ikhlas.
Sekian Wabillahit
Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.