Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan  Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan, Negara Brunei Darussalam BA1210

SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 

 

 

 

Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam

Tekad Pemendulian Orang Ramai (TPOR)

Dasar Belia Negara

Dasar Sukan Negara

Dasar Kebudayaan Negara

Penerbitan

 

    

Senikata Lagu-Lagu Patriotik

 

WACANA MERDEKA

 

 

Kemerdekaan dicapai

Kebahagiaan dinikmati

Kemajuan dikecapi

Kemakmuran disyukuri

 

Setaraf setanding seiring sejalan

Di dunia antarabangsa turut berperanan

Bendera negara megah berkibar

Pengiktirafan sejagat sudah tersebar

 

Kesetiaan kepada raja dan negara

Agama Islam amalan kehidupan

Bahasa Melayu dimartabatkan

Asas kelangsungan jati diri bangsa

 

Mengisi kemerdekaan agenda utama

Bersama kita ungkayahkan

Ekonomi mantap stabil negara

Teknologi maklumat dimanfaatkan

 

Jadikan kita bangsa terbilang

Bergerak maju berdaya saing

Tangkas, titih, berbudi, berilmu

 

Dengan keyakinan semangat jitu

Dipohonkan doa dan restu

Semoga maju bangsaku

Kekal sejahtera negaraku

 

 

 

 

Melodi  :           Hamdi

Lirik     :           DPHAHO

                        150101

 

 

< Kembali >