KOMUNITI SOSIO-BUDAYA ASEAN
Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (ASCC) merupakan salah satu daripada tiga tunggak ASEAN. Diselengarakan oleh sebuah badan di peringkat Menteri iaitu Majlis Komuniti Sosio-Budaya ASEAN yang bermesyuarat dua kali setahun, komuniti ini merangkumi bidang yang luas dan meliputi sektor-sektor yang tidak termasuk sektor keselamatan-politik dan ekonomi. Komuniti Sosio-Budaya ASEAN terdiri daripada sektor budaya, kesihatan, pendidikan, alam sekitar, penerangan, buruh, meteorologi, pembangunan luar bandar, kebajikan sosial, sukan, wanita dan belia.
Sektor berkenaan diwakili oleh 14 badan sektoral yang mengadakan mesyuarat di peringkat menteri, beserta lapan badan-badan lain termasuk pusat-pusat serantau di Indonesia, Republik Filipina, Republik Singapura dan Thailand. Aktiviti-aktiviti yang diungkayahkan adalah berpandukan kepada Rangka Tindakan Komuniti Sosio-Budaya ASEAN yang telah diluluskan oleh Ketua-Ketua Negara Anggota ASEAN pada tahun 2009. Rangka Tindakan ini akan menjalani Kajian Separuh Penggal pada tahun 2013, ke arah mencapai wawasan Komuniti ASEAN 2015.
Di Negara Brunei Darussalam, tanggungjawab untuk mengendalikan hal ehwal yang berkaitan dengan Komuniti Sosio-Budaya ASEAN telah dipindahkan dari Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun 2011. Sejak itu, Kementerian ini menyelaraskan aktiviti-aktiviti Sosio-Budaya ASEAN yang diungkayahkan oleh Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan, Kementerian Perhubungan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
Selaku pengerusi ASEAN pada tahun 2013, Majlis Komuniti Sosio-Budaya ASEAN dipengerusikan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Mesyuarat Komiti Pegawai-Pegawai Kanan bagi ASCC (SOCA) dipengerusikan oleh Yang Mulia Dato Paduka Haji Mohd Hamid bin Haji Mohd Jaafar, Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Notional Kalendar ASCC – Mesyuarat-Mesyuarat di Negara Brunei Darussalam (sejak 29 Mei 2013)
Mesyuarat ke-13 Komiti Pegawai-Pegawai Kanan bagi Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (SOCA)
20-21 Januari, Pengenalan Majlis Komuniti Kebudayaan ASEAN
Mesyuarat ke-14 Komiti Pegawai-Pegawai Kanan bagi Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (SOCA)
20 Mac: Para Pegawai Kanan mengadakan perjumpaan sebelum Mesyuarat Menteri-Menteri ASCC (Muat Turun News Release)
21 Mac: Para Pegawai Kanan membuat persediaan bagi Mesyuarat Menteri-Menteri ASCC (Muat Turun News Release)
21 Mac: Sesi Bergambar (Lihat Gambar)
Mesyuarat ke-9 Majlis Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (ASCC)
22 Mac: Para Menteri tiba bagi mesyuarat hujung minggu ASCC (Muat Turun News Release)
23 Mac: Rangka Tindakan Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (Muat Turun Media Backgrounder)
23 Mac: Menteri Negara Brunei Darussalam mengetengahkan perlunya bertindak cepat dalam mengkaji semua Rangka Tindakan Komuniti Sosio-Budaya ASEAN pada tahun ini (Muat Turun News Release)
23 Mac: Sesi bergambar (Lihat Galleri)
23 Mac: Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan memberi sumbangan berbentuk kewangan bagi menjalankan kajian Rangka Tindakan Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (Muat Turun News Release)
Bengkel Pertama bagi Kajian Separuh Penggal Rangka Tindakan Komuniti Sosio-Budaya ASEAN
15-16 Jun (TBC) (Muat Turun Media Advisory)
Bengkel Kedua bagi Kajian Separuh Penggal Rangka Tindakan Komuniti Sosio-Budaya ASEAN
Ogos (TBC) (Muat TurunNews Release)
Mesyuarat ke-15 Komiti Pegawai-Pegawai Kanan bagi ASCC (SOCA)
Mesyuarat ke-10 Majlis Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (ASCC)
Second Workshop