Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

KHATAM AL-QURAN SEMPENA SAMBUTAN BULAN BAHASA

010719-MajlisKhatamBulanBahasa (2).jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Khartini Hamir - Penerangan

Foto: Hajah Ajijah Ali - KKBS


BERAKAS, Isnin, 1 Julai 2019 - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) buat julung kalinya mengungkayahkan Majlis Khatam Al-Quran sempena Sambutan Bulan Bahasa 2019 yang berlangsung di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Pembangunan, Lapangan Terbang Lama Berakas.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Majlis didahului dengan bacaan Sayyidul Istighfar beramai-ramai yang dipimpin oleh Awang Md. Eddy Effendy @ Md. Hardi bin Mahdeli, dan seterusnya bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Sejurus itu, acara diteruskan lagi dengan bacaan ayat-ayat lazim oleh para peserta khatam, dan disusuli dengan bacaan Takhtim dan Doa Khatam yang dipimpin oleh Awang Mohamad Zaidi bin Haji Awang Daud.

010719-MajlisKhatamBulanBahasa (3).jpg

Manakala bacaan Doa Tahlil dan Dikir Asyrakal pula dipimpin oleh Awang Haji Suhib bin Haji Sulaiman, dan bagi memberkati lagi majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Awang Muhammad Hafizan bin Hasnan.

Majlis tersebut akan dijadikan sebagai acara tahunan DBP sempena Sambutan Bulan Bahasa bagi tujuan meraih keberkatan serta mendukung dan membudayakan amalan membaca ayat-ayat suci Al-Quran dalam kalangan pegawai dan kakitangan kerajaan.

Juga hadir di majlis tersebut, Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud; Timbalan Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan) KKBS, Dayang Saidah binti Haji Wahid/Burut; Timbalan Setiausaha Tetap (Kebeliaan dan Kesukanan), Kolonel (B) Pengiran Haji Maidin bin Pengiran Haji Said.

010719-MajlisKhatamBulanBahasa (1).jpg

Attachments
Created at 7/2/2019 2:36 PM by Lee Chin Foo
Last modified at 7/4/2019 9:52 AM by Lee Chin Foo