Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

BERSAMA PERJUANGKAN KEDAULATAN BAHASA MELAYU

030719-Bulan Bahasa (11).jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Khartini Hamir - Penerangan

Foto: Hajah Ajijah Ali - KKBS

 

SUNGAI AKAR, Rabu, 3 Julai 2019 – Rakyat dan penduduk di negara ini diseru agar sama-sama memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu tanpa mengira umur, lapisan masyarakat ataupun latar belakang, khususnya dalam kalangan remaja dan belia ke arah mendukung hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Seruan dibuat oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin ketika berucap pada Majlis Perasmian Bulan Bahasa 2019 dan kegiatannya sepanjang tahun, di Dewan Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Kampung Sungai Akar, di sini.

 030719-Bulan Bahasa (1).jpg

Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan berkata, rakyat dan penduduk di negara hendaklah berbangga dan tidak malu untuk berbahasa Melayu, terutama sekali dalam media sosial yang semakin melangkaui sempadan perhubungan lebih-lebih lagi dalam era Revolusi Industri 4.0.

''Negara Brunei Darussalam sememangnya tidak terkecuali dengan kemaraan ke arah era Revolusi Industri 4.0, iaitu era yang menghasilkan pelbagai teknologi baharu yang memberikan kesan kepada pelbagai disiplin, ekonomi dan industri termasuklah aspek kebahasaan. Namun, peramba / kalola /saya penuh yakin Bahasa Melayu akan tetap kekal dalam kalangan masyarakat selagi penuturnya terus berusaha mendaulatkan dan bersungguh-sungguh melestarikannya. Walaupun peranan Bahasa Melayu dalam kehidupan kita akan sentiasa dipertahankan, kita perlu bersedia untuk memanfaatkan cara-cara baharu serta mewujudkan ekosistem untuk melestarikannya lagi dalam era Revolusi Industri 4.0,'' ujar Yang Berhormat.

Ini jelas Yang Berhormat termasuklah dengan mempersiapkan tenaga kerja yang berkemahiran dalam dunia teknologi; meningkatkan kompetensi sumber daya manusia menguasai teknologi digital; membina dan membangun aplikasi rujukan yang autentik bagi mengetengahkan kajian perkembangan bahasa dan kesusasteraan Melayu.

030719-Bulan Bahasa (13).jpg

030719-Bulan Bahasa (12).jpg


Majlis juga diselajurkan dengan pelancaran buku-buku terbaharu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) disempurnakan oleh Yang Berhormat, iaitu Gagasan Ketatanegaraan dalam Syair Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien hasil kajian Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Yahya bin Haji Ibrahim; dan buku mini Onomatopeia hasil kajian Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa, DBP.

030719-Bulan Bahasa (6).jpg

030719-Bulan Bahasa (2).jpg

Pelbagai acara disusun semasa bagi memeriahkan majlis perasmian Bulan Bahasa 2019, antaranya persembahan ''Diangdangan Zaman Berzaman''; persembahan puisi, syair dan mukun turut diadakan, di samping pameran-pameran.

 030719-Bulan Bahasa (7).jpg

030719-Bulan Bahasa (4).jpg

Juga diadakan, Majlis Penyampaian Penghargaan, Cenderamata dan Hadiah-hadiah kepada Hakim-hakim Peraduan dan para  pemenang pelbagai pertandingan juga kepada Pelajar Cemerlang dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu GCE Peringkat 'O' dan 'A'.

 030719-Bulan Bahasa (10).jpg

Antara yang hadir, Yang Berhormat Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Yahya bin Haji Ibrahim selaku penulis buku terbaharu yang dilancarkan; Setiausaha Tetap (Pengurusan Strategi dan Dasar) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil; dan Timbalan Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan) KKBS, Dayang Saidah binti Haji Wahid / Burut.

Sambutan bertema 'Bahasa Melayu Bahasa Kita' yang dihasrat akan dapat menyuntik semangat masyarakat di negara ini tentang nilai-nilai keakuan dan kemilikan kita terhadap bahasa Melayu.

Attachments
Created at 7/4/2019 9:48 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 7/4/2019 9:50 AM by Lee Chin Foo