Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

KENAL PASTI KEPERLUAN MENUJU 100 TAHUN BERPENGAKAP

​[Sumber: Pelita Brunei]

Berita dan Foto : Ak. Syi’aruddin Pg. Dauddin - Penerangan


GADONG, Ahad, 7 Julai 2019 - Lebih 200 ahli Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) dari pelbagai peringkat telah menyertai Seminar Menuju 100 Tahun Berpengakap di Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Ibu Pejabat PPNBD, Gadong, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya merasmikan seminar tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

070719-Pengakap-2.jpg

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat, dan seterusnya nyanyian lagu kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' beramai-ramai.

Diikuti dengan lafaz sumpah Persetiaan Pengakap, diikuti dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Yang Di-Pertua PPNBD, Awang Haji Matussin bin Orang Kaya Sura Haji Tuba.

Awang Haji Matussin dalam ucapannya menjelaskan antara tujuan seminar tersebut adalah untuk meneliti dan menilai semula kejayaan, kekuatan dan jurang (gap) dalam PPNBD; mengenal pasti keperluan bagi meningkatkan lagi imej dan kejayaan PPNBD; mengenang jasa kepimpinan-kepimpinan pengakap terdahulu, di samping mendukung Wawasan Negara 2035.

070719-Pengakap-1.jpg

Beliau seterusnya menjelaskan seminar tersebut juga adalah bersempena dengan sambutan Hari Pengakap Sedunia yang disambut pada 1 Julai setiap tahun.

Majlis kemudiannya diteruskan lagi dengan sesi ramah mesra tetamu kehormat bersama ahli-ahli PPNBD disusuli dengan melawat pameran PPNBD dan sesi bergambar ramai.

Juga hadir, Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Mohd. Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud. 

070719-Pengakap-3.jpg

Attachments
Created at 7/8/2019 9:28 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 7/8/2019 9:28 AM by Lee Chin Foo