Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS KEAGAMAAN IRINGI PEMERGIAN BAKAL JEMAAH HAJI

110719-Bakal Haji (1).jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman - Penerangan

Foto: Asri Abas - Penerangan & Hajah Ajijah Ali - KKBS


BERAKAS, Khamis, 11 Julai 2019 - Untuk sama-sama memohon keselamatan perjalanan pergi dan balik bagi seramai 11 orang bakal jemaah haji warga Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) yang akan menunaikan haji pada tahun ini, KKBS mengadakan Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah dan Doa Hajat bagi bakal-bakal jemaah haji warga kementerian tersebut.

110719-Sunat Hajat Haji-Info.jpg

110719-Sunat Hajat Haji-Info.2.jpg

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Majlis didahului dengan Sembahyang Sunat Hajat berjemaah dan bacaan Ratib Al-Attas bertempat di surau kementerian tersebut.

Di Dewan Citra Budaya, acara dimulakan dengan Lagu Hari Kebangsaan bagi menzahirkan rasa cinta dan taat setia kepada raja yang dikasihi dan diteruskan dengan tazkirah bertajuk 'Haji Yang Mabrur' oleh Awang Haji Abd Halim bin Haji Fuad, tenaga pengajar Al-Quran dari Jabatan Belia dan Sukan.

110719-Bakal Haji (2).jpg

Dalam tazkirahnya, beliau menyatakan bahawa haji yang mabrur itu memiliki lima sifat, iaitu pertama, ianya dilakukan dengan ikhlas hanya kerana Allah Subhanahu Wata'ala semata-mata tanpa ada perasaan 'riya' dan 'sum'ah'.

Yang kedua jelasnya, biaya pelaksanaan haji tersebut adalah dari harta yang halal manakala ketiga ialah menjauhi segala dosa dan perbuatan maksiat, segala macam perbuatan 'bid'ah' dan semua hal yang menyelisihi syariat.

Sifat haji mabrur yang keempat pula, tambahnya, ialah ianya dilakukan dengan penuh akhlak yang mulia dan sikap 'tawadhu' dan terakhir ia dilakukan dengan penuh pengagungan terhadap 'sya'a-irullah' (syiar-syiar Allah).

Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan derma dan Doa Selamat kepada bakal-bakal jemaah haji yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri KKBS dan diakhiri dengan bacaan Doa Hajat dan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara.

110719-Bakal Haji (4).jpg

110719-Bakal Haji (8).jpg

Turut hadir pada majlis tersebut, Setiausaha-setiausaha Tetap, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, pengarah-pengarah, pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

110719-Bakal Haji (10).jpg

Attachments
Created at 7/13/2019 9:13 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 7/13/2019 9:53 AM by Lee Chin Foo