Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

BND29,800 BANTU MANGSA DITIMPA MUSIBAH

110719-Derma (6).jpg

[Sumber: Pelita Brunei]

Berita: Hernie Suliana Haji Othman - Penerangan

Foto: Hajah Ajijah Ali - KKBS

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 11 Julai 2019 - Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sentiasa prihatin dan mengambil berat akan kebajikan dan kesejahteraan rakyat lebih-lebih lagi kepada mereka yang ditimpa musibah.

Sehubungan itu, Kerajaan Kebawah DYMM melalui Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) telah mengadakan Majlis Penyerahan Bantuan Kewangan Kerajaan berjumlah BND29,800 untuk diagihkan kepada 22 ketua keluarga yang terlibat dalam bencana banjir di Kampung Kapok, Kampung Mata-Mata, Kampung Tungku dan Kampung Jangsak; kebakaran rumah di Kampung Junjungan, serta musibah rumah roboh di Kampung Lurong Dalam, Kampung Saba Darat 'B' dan Kampung Pekan Lama.

Majlis yang berlangsung di Dewan Citra Budaya, bangunan KKBS di sini dihadiri oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin selaku tetamu kehormat.

110719-Derma (3).jpg

110719-Bakal Haji (7).jpg

Terdahulu, majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pemangku Pengarah, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Dayang Rostinah binti Pehin OKSSP Dato Paduka Awang Haji Mohd. Tahir yang antara lain menyuarakan harapan agar sumbangan tersebut dapat membantu meringankan beban mereka yang terlibat.

110719-Derma (5).jpg

Pihak kementerian, tambahnya, menyedari bahawa pengagihan bantuan kewangan ini amat perlu dilaksanakan dengan sesegeranya dan melalui JAPEM, sedang berusaha untuk mengemas kini proses penyiasatan dengan bantuan agensi-agensi di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri agar pembayaran dapat diserahkan kepada mangsa yang berkelayakan dengan menetapkan KPI bagi penyerahan bantuan dalam tempoh 30 hari waktu bekerja selepas berlakunya kejadian bencana.

Majlis diteruskan dengan penyerahan bantuan kewangan kerajaan kepada para penerima yang  disempurnakan oleh tetamu kehormat.

Turut hadir, Setiausaha Tetap (Pengurusan Strategi dan Dasar) KKBS, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil; Timbalan Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Hajah Saidah binti Haji Wahid @ Burut; wakil Jabatan Daerah Brunei dan Muara; Penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung yang berkenaan.

110719-Derma (2).jpg

Attachments
Created at 7/13/2019 9:43 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 7/13/2019 9:57 AM by Lee Chin Foo