Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

PIALA LAU KOON LUNG BUKA TIRAI

270719-Basketball HM Cup-Seria (12).jpg

Sumber: Media Permata

Cerita: Daniel Lim - Media Permata

Foto: Hjh Ajijah Ali - KKBS

BELAIT, 28 JULAI 2019 – Kejohanan Bola Keranjang Terbuka Brunei, Piala Lau Koon Lung 2019 membuka tirai dengan dua perlawanan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Gelanggang Bola Keranjang Kampung Baru, kelmarin.

270719-HMCupBasketball-Seria-opening.jpgHadir selaku tetamu kehormat bagi menyaksikan perlawanan tersebut dan seterusnya merasmikan perlawanan itu ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

270719-Basketball HM Cup-Seria (9).jpg

Hadir bagi mengalu-alukan kedatangan Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan ialah Presiden Persatuan Bantuan Bersama Kampung Baru,Yang Chow Min; Pengerusi persatuan berkenaan, Law Shiew Yuan; yang juga menaja kejohanan tersebut; ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Hamid bin Abdul Mumin dan Penghulu Mukim Liang, Awang Ramlee bin Haji Jamudin serta pegawai-pegawai dari Jabatan Daerah Belait dan ahli-ahli persatuan.

270719-Basketball HM Cup-Seria (15).jpg

270719-Basketball HM Cup-Seria (1).jpg

270719-Basketball HM Cup-Seria (11).jpg

270719-Basketball HM Cup-Seria (7).jpgKejohanan tersebut mengumpulkan lapan pasukan dari seluruh daerah iaitu SRI, YTE Basketball, Homestage Realty, Illonggo-Black, Systematis Living, Master G Collection, New Village dan JNL-Eagle-Red bagi merebut gelaran juara.

270719-Basketball HM Cup-Seria (3).jpg

Attachments
Created at 7/29/2019 9:39 AM by Lee Chin Foo
Last modified at 7/29/2019 11:01 AM by Lee Chin Foo