Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) muncul juara dalam Kejohanan Futsal Piala Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan

​BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 19 Jan. – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) muncul juara dalam Kejohanan Futsal Piala Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) 2020 setelah mengalahkan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) 1 - 0.

Perlawanan akhir berlangsung di Stadium Tertutop, Kompleks Sukan Negara Hassanal bolkiah, Berakas.

Pemain Dewan Bahasa dan Pustaka, Muhammad Fithrahtul Rahman bin Ratano memenangi Anugerah Penjaring Terbanyak, manakala Pg Rahman bin Pg Aliuddin dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pemain Terbaik.
 
Majlis penyampaian hadiah kepada pasukan pemenang disampaikan oleh Menteri KKBS, Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

futsal2.jpg

Attachments
Created at 1/19/2020 10:13 PM by Muhammad Zulfadhli Bin Hj Abd Hamid
Last modified at 1/27/2020 9:55 PM by Nor Rafidah binti Hj Mokhtar