22 – 23 September 2020
Kursus Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu dan Asas Tatabahasa telah diadakan selama dua hari bertempat di Tingkat 2, RBC Head Office Gadong pada 22 – 23 September 2020. Seramai 17 orang kakitangan Royal Brunei Catering (RBC) mengikuti kursus tersebut. Kursus ini dibimbing oleh Yang Mulia Puan Hajah Annisa binti Haji Moksin, Pegawai Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei. Dalam kursus tersebut, peserta dibimbing tentang sistem ejaan bahasa Melayu serta asas tatabahasa dengan betul. Di samping itu juga, peserta turut diberikan beberapa aktiviti bagi menguji pemahaman mereka.