Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

CABARAN RIA BAHASA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

​Peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan dan kesemua peserta diperlukan untuk melaksanakan 10 tugasan atau cabaran dengan menggunakan kepantasan dan kemahiran berfikir bagi menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan, iaitu Pilih Ejaan Makanan, Cari Judul Buku, Permainan Tabu, Teka Pantun, Bina Ayat, Tulis Sajak, Teka Gambar, Pimpin Si Buta, Kotak Misteri, dan Lirik dan Lagu. Lokasi cabaran ditetapkan di beberapa buah tempat, seperti di dalam Bilik Kuliah, Bahagian Buku Kanak-Kanak, Tingkat 1, Perpustakaan Pusat dan Taman Sultan Omar Ali Saifuddien. Cabaran Ria Bahasa berakhir pada pukul 3.00 petang di Taman Sultan Omar Ali Saifuddien.

Manakala pada hari yang sama, Majlis Penutupan Bengkel Memperkasa Calak Brunei turut diadakan pada pukul 3.30 petang, di Bilik Kuliah, Perpustakaan Pusat, Bandar Seri Begawan. Majlis penutupan ini  dimulai dengan ucapan daripada wakil peserta bengkel dan ikuti dengan penyampaian sijil serta hadiah kepada para peserta dan pemenang Cabaran Ria Bahasa oleh Yang Mulia Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, selaku Tetamu Kehormat majlis. Majlis berakhir dengan sesi bergambar ramai bersama Tetamu Kehormat Majlis.

Attachments
Created at 11/19/2020 2:52 PM by Masni Binti Moktal
Last modified at 11/21/2020 4:32 PM by Nor Rafidah binti Hj Mokhtar