Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

JUALAN PUSTAKA RIA PERPUSTAKAAN TEMBURONG

Sabtu, 21 November 2020 – Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Daerah Temburong mengadakan aktiviti perpustakaan iaitu ‘Jualan Pustaka Ria Perpustakaan Temburong’ yang diadakan selama dua hari bermula pada hari Sabtu, 21 November hingga Ahad, 22 November 2020.

Aktiviti jualan tersebut diadakan dengan tujuan untuk menggalakkan orang ramai berkunjung ke perpustakaan terutama sekali golongan kanak-kanak, remaja dan dewasa. Sekali gus untuk meningkatkan jumlah pengguna dan pelawat perpustakaan serta mempromosi perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan yang disediakan untuk orang ramai.

Terdapat pelbagai jualan oleh usahawan tempatan yang mengikuti jualan tersebut. Untuk pengetahuan orang ramai, bahawa aktiviti ‘Jualan Pustaka Ria Perpustakaan Temburong’ akan diadakan sebulan sekali untuk memeriahkan lagi pengunjung perpustakaan  Daerah Temburong ini.

Jualan Pustaka Ria Temburong 03.jpeg

Jualan Pustaka Ria Temburong 04.jpeg

Di samping aktiviti jualan ini, perpustakaan juga mengadakan aktiviti lain seperti Kahoot, Kraft, Membaca bersama pustakawan dan teka gaya.

Jualan Pustaka Ria Temburong 01.jpeg

Jualan Pustaka Ria Temburong 02.jpeg

Jualan Pustaka Ria Temburong 05.jpeg

Attachments
Created at 11/23/2020 10:01 AM by Abdul Hanif Bin Hj Moksin
Last modified at 11/24/2020 12:39 PM by Nor Rafidah binti Hj Mokhtar