Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

BENGKEL PENGGREDAN PRESTASI SEKTOR AWAM (3PSA) MELALUI PENARAFAN BINTANG

Sebanyak enam jabatan telah mengikuti bengkel yang diadakan selama lima hari ini bagi sesi pagi dan petang. Manakala, Pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka yang turut serta ialah Dayang Hajah Annisa binti Haji Moksin, Pegawai Bahasa Kanan selaku Ketua Kumpulan, Dayang Emi Suryaney binti Haji Hipny, Pegawai Perpustakaan Kanan, Pengiran Hajah Rosenani binti Pengiran Haji Halus, Pegawai Bahasa Kanan, Dayang Rosmuliati binti Haji Yahya, Pegawai Bahasa, dan Dayang Masni binti Moktal, Pegawai Istilah Kanan. Antara skop yang turut dibincangkan ialah Strategi Pelaksanaan Pelan Strategik, Dasar dan Pelaksanaan Program/Projek Pembaharuan dan Penambahbaikan, Sumber Manusia, dan Pemedulian Pelanggan. Hasil pemerolehan yang dipelajari dari  bengkel ini  akan diaplikasikan dan diterapkan di jabatan masing-masing untuk dipertandingkan dan dinilai oleh Jabatan Perkhidmatan Pengurusan, Jabatan Perdana Menteri Brunei Darussalam.

Attachments
Created at 2/11/2021 2:02 PM by Masni Binti Moktal
Last modified at 2/12/2021 3:26 PM by Nor Rafidah binti Hj Mokhtar