Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Penyampaian Sijil Kepada Peserta, Fasilitator Bengkel

Penyampaian sijil kepada peserta, fasilitator bengkel 1.JPG

Siaran Akhbar dan Foto : Dewan Bahasa dan Pustaka

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 31 Oktober. - Sebagai penghargaan kepada para peserta dan fasilitator Bengkel Pengacara / Juruacara Majlis, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengadakan Majlis Penutup Bengkel pada 28 Oktober lalu.

Pemangku Pengarah DBP, Awang Suip bin Haji Abdul Wahab menyampaikan sijil kepada Fasilitator Bengkel tersebut, Dayang Hajah Shaharah binti Dato Paduka Haji Abdul Wahab dan seterusnya bergambar ramai bersama para peserta bengkel pada sesi sebelah pagi.

Pada sebelah petang, majlis berlangsung dengan penyampaian sijil kepada para peserta oleh wakil tetamu khas, Pemangku Timbalan Pengarah DBP, Dayang Hajah Haireni binti Haji Awang Damit.

Majlis berlangsung di Balai Sarmayuda, DBP Berakas.

Dipetik daripada Pelita Brunei

Attachments
Created at 11/2/2020 8:50 AM by Nisbah Binti Hj Merusin
Last modified at 11/2/2020 8:50 AM by Nisbah Binti Hj Merusin