Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Tingkat Pengetahuan Keselamatan Semasa Kebakaran

Tingkat pengetahuan keselamatan semasa kebakaran 2.JPG

Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid / Foto : Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman

MUARA, Isnin, 2 November. - Kursus Program Mencegah Kebakaran (Fire Marshal) bagi Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Cawangan Muara diadakan hari ini hingga 4 November, bertempat di Perpustakaan DBP, Muara.

Kursus Program Mencegah Kebakaran yang diadakan selama tiga hari tersebut disertai oleh 23 peserta gabungan dari Perpustakaan DBP, Komuniti Sukarelawan Mengkubau, Ahli Perpustakaan DBP, Muara.

Kursus ini adalah bertujuan untuk memberi kefahaman yang mendalam dan pendedahan yang luas berhubung dengan pencegahan kebakaran serta pengurusan keselamatan awam.

Antara lain tujuan program tersebut diadakan adalah untuk menilai tahap kecekapan dan kesedaran kepada warga perpustakaan serta peserta yang terlibat terhadap kepentingan keselamatan khususnya dalam memberikan bantuan dengan segera ketika berlakunya situasi kecemasan seperti kebakaran mengikut piawaian masa yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP).

Program ini juga diharapkan akan dapat membentuk jati diri semua peserta untuk lebih berdisiplin serta saling tolong-menolong dan bertoleransi di dalam sebuah pasukan.

Kursus ini dikendalikan oleh Timbalan Pegawai Balai, Awang Mohd Hazwan bin Mawang dan Penolong Pegawai Balai, Awang Rustam Effandi bin Haji Metussin, Pegawai Perhubungan Awam, Cawangan Operasi 'A'.

Antara objektif program ini adalah memberikan pengetahuan tentang aspek keselamatan kebakaran di tempat kerja dan juga memberikan kemahiran menggunakan peralatan kebombaan dan sistem menentang kebakaran yang terdapat di bangunan / rumah dan di tempat kerja.

Antara lain juga untuk memahami tugas dan tanggungjawab individu kepada jabatan / majikan dalam aspek keselamatan, pencegahan kebakaran dan juga dapat meningkatkan ilmu pengetahuan kebombaan dan penyelamat dengan lebih mendalam serta dapat merealisasikan setelah kembali ke tempat bertugas masing-masing.

Ia juga memberikan kefahaman di dalam bidang penyelenggaraan sistem perlindungan kebakaran yang terdapat di bangunan / rumah atau di tempat kerja.

Antara pengisian program adalah untuk memperlihatkan lagi fungsi dan peranan bomba, aspek-aspek kebombaan, mengenal alat pemadam api, tugas dan tanggungjawab iaitu peranan orang awam jika berlaku kebakaran, latihan di tempat kebakaran, latihan pengosongan bangunan, melihat jentera-jentera dan peralatan bomba, masuk rumah asap, teknik mengangkat dan menyelamatkan mangsa dengan betul, lawatan ke balai-balai bomba, ujian bertulis dan 'in-house fire drill'.

Dipetik daripada Pelita Brunei

Attachments
Created at 11/3/2020 11:05 AM by Nisbah Binti Hj Merusin
Last modified at 11/3/2020 11:05 AM by Nisbah Binti Hj Merusin