Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Cungkil Bakat Penulis Muda

Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman / Infografik : Dewan Bahasa dan Pustaka

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 17 November. - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Sastera dan Majalah akan mengungkayahkan Bimbingan Penulisan Cerpen di bawah Program Penulis Muda 2020.

Program ini akan bermula pada 7 hingga 9 Disember 2020, dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang dan akan diadakan di Dewan Sarmayuda, DBP, Berakas.

Manakala pembimbing bengkel akan dikendalikan oleh Dr. Chong Ah Fok. Bengkel ini terbuka kepada orang ramai yang berumur antara 15 hingga 35 tahun yang berminat dalam penulisan kreatif dan penyertaan adalah terhad kepada 40 orang peserta sahaja.

Pendaftaran boleh dibuat dengan mengimbas Kod QR yang diberikan. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 November 2020 jam 4.00 petang.

Sebarang maklumat lanjut mengenai program ini, sila hubungi Urus Setia Program Penulis Muda 2020 melalui talian +673 2382511 sambungan 137 / 162 / 191 / 192 / 224.

Program Penulis Muda merupakan projek tahunan DBP melalui Bahagian Sastera dan Majalah bagi mewujudkan sumber manusia dan mampu menambah jumlah penulis generasi baharu tanah air (penulis muda) yang berbakat dan berpotensi dengan imej yang lebih dinamik, agresif dan kreatif.

Program diadakan setiap tahun dalam dua fasa atau peringkat. Fasa pertama diadakan seminar, bengkel dan bedah karya oleh pakar sastera dari luar negeri antara bulan Januari hingga bulan Jun. Manakala fasa kedua diadakan seminar, bengkel dan bedah karya oleh pakar sastera dari dalam negara antara bulan Julai hingga bulan Disember.

Program ini khusus bagi penulisan karya-karya kreatif penulis muda, berbentuk puisi, cerpen, novel dan drama. Pemilihan genre dilaksanakan secara bergilir mengikut kesesuaian dan penilaian.

Antara objektif program adalah untuk melahirkan lebih ramai penulis muda yang berbakat dalam penulisan sastera berumur antara 15 tahun hingga 35 tahun, di samping memberi dorongan dan sokongan berterusan kepada penulis muda dalam menghasilkan karya sastera yang berkualiti.

Pada masa yang sama, ia juga bertujuan untuk membimbing penulis muda berkarya dengan bersistematik dan terarah yang dipandu serta dibimbing oleh beberapa orang pakar sastera dan penulis berpengalaman dari dalam negara dan luar negeri, seterusnya membentuk penulis muda sebagai pelapis dan penerus yang mampu menghasilkan karya sastera sepanjang masa.

Dipetik daripada Pelita Brunei

Attachments
Created at 11/18/2020 10:09 AM by Nisbah Binti Hj Merusin
Last modified at 11/18/2020 10:09 AM by Nisbah Binti Hj Merusin