Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Pupuk Minat Membaca Sambil Beramal

Oleh : Nooratini Haji Abas / Infografik : Ihsan Dewan Bahasa dan Pustaka

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 23 November. - Aktiviti Membaca Sambil Beramal 2020 adalah salah satu inisiatif Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan membaca sambil berbuat amal.

Sehubungan itu, DBP, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan akan menganjurkan Aktiviti Membaca Sambil Beramal 2020, yang akan diadakan selama 24 hari, mulai 1 hingga 24 Disember 2020.

Tujuan aktiviti diadakan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat Negara Brunei Darussalam.

Aktiviti ini akan diadakan selama 24 hari dan dibukakan kepada semua peringkat umur.

Bagi setiap peserta yang membaca selama 15 minit, satu buku akan disumbangkan kepada pusat-pusat kebajikan.

Para peserta juga boleh membaca buku daripada koleksi peribadi atau membaca / meminjam buku dari Perpustakaan DBP.

Bukan itu sahaja, peserta perlu mengambil sekurang-kurangnya satu gambar sebagai bukti dan tag gambar tersebut ke Instagram '@membacasambilberamal2020' dan 'hashtag #membacasambilberamal2020' juga memberikan ulasan buku ringkas pada 'post' Instagram.

Bagi yang berminat untuk menyertai aktiviti ini, hendaklah mendaftar secara dalam talian melalui Google Form yang boleh didapati melalui laman sesawang 'https://msha.ke/membacasambilberamal20/' atau dengan mengimbas Kod QR yang tertera di dalam poster.

Untuk keterangan lanjut, bolehlah menghubungi DBP, di laman sosial Instagram '@membacasambilberamal2020' atau melalui WhatsApp +673 8170761 atau +673 82666880 atau e-mel ke 'perpustakaan.bsb@dbp.gov.bn'.

Dipetik daripada Pelita Brunei

Attachments
Created at 12/3/2020 3:06 PM by Nisbah Binti Hj Merusin
Last modified at 12/3/2020 3:06 PM by Nisbah Binti Hj Merusin