Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Sertai Pertandingan Foto Membaca Di Rumah

Sertai Pertandingan Foto Membaca Di Rumah 2.JPG

Oleh : Haniza Abdul Latif / Infografik : Dewan Bahasa dan Pustaka

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 14 Disember. - Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Bahagian Perpustakaan sedang menganjurkan Pertandingan Foto Membaca Di Rumah.

Pertandingan tersebut dibukakan kepada Rakyat dan Penduduk Negara Brunei Darussalam, berumur 12 hingga 20 tahun.

Syarat-syarat penyertaan bagi pertandingan tersebut, para peserta hendaklah menghantar satu keping gambar yang menggambarkan suasana membaca di rumah dan menghiasi gambar tersebut mengikut kreativiti juga gaya yang menarik.

Selain itu, para peserta hendaklah menghantar ringkasan buku yang dibaca dalam gambar yang disertakan dengan tidak melebihi 150 patah perkataan.

Tarikh akhir menghantar penyertaan adalah pada 18 Januari 2021 melalui e-mel ke alamat 'perpustakaan.bsb@dbp.gov.bn'.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang 'qrgo.page.link/qdNsM' atau 'www.librarybrunei.gov.bn/library/dbp' atau dengan menghubungi menerusi talian +673 2235501 sambungan 504 atau melalui Hotline +673 8266880 atau Instagram '@dbplibrarybsb'.

Dipetik daripada Pelita Brunei

Attachments
Created at 12/15/2020 9:27 AM by Nisbah Binti Hj Merusin
Last modified at 12/15/2020 9:27 AM by Nisbah Binti Hj Merusin