Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Jaguh Pantun Meriahkan Pandanku Ceria

Jaguh Pantun meriahkan Pandanku Ceria 2.JPG

Berita dan Foto : Noraisah Haji Muhammed

BELAIT, Isnin, 28 Disember. - Pandanku Ceria anjuran Persatuan Sutera Daerah Belait bersama Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Pandan meneruskan acara Jaguh Pantun hari ini.

Ia bertujuan untuk menjadikan perpustakaan dapat diguna pakai menjalani aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, selain digunakan tempat membaca diteruskan.

Yang Di-Pertua Persatuan Sutera Daerah Belait, Awang Haji David bin Kassim berkata, pantun merupakan salah satu bentuk sastera yang popular dan digemari oleh semua kategori masyarakat.

Pantun juga merupakan antara tradisi lisan masyarakat dan ia perlu dikekalkan sebagai ristaan kebudayaan tamadun Melayu.

Awang Billie Tengah menjuarai Pertandingan Jaguh Pantun. Beliau merupakan salah seorang penggiat seni syair dan pantun yang sering ke udara di stesen radio.

Sementara itu, bazar diteruskan di dalam dan luar perpustakaan, antaranya pameran burung dari Parrot Kingdom And Pet Supplier, jualan makanan, minuman, permainan buih dari Unicorn Bubble , ATV dan jualan pakaian dengan harga yang berpatutan.

Orang ramai dialu-alukan berkunjung ke Bazar Pandanku Ceria yang diadakan di Perpustakaan DBP Kampung Pandan, yang akan berakhir pada 31 Disember ini.

Dipetik daripada Pelita Brunei

Attachments
Created at 1/5/2021 10:44 AM by Nisbah Binti Hj Merusin
Last modified at 1/5/2021 10:44 AM by Nisbah Binti Hj Merusin