Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

DBP Bukakan Langganan Majalah, Jurnal

Oleh : Khartini Hamir / Infografik : Ihsan Dewan Bahasa dan Pustaka

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 15 Februari. - Cabaran industri penerbitan buku cetak di tengah pertumbuhan pesat dunia digital turut memberi kesan dan impak kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Namun DBP selaku penerbit buku cetak dalam pelbagai genre menyedari wujudnya cabaran besar, khususnya pertumbuhan pesat industri digital, di mana keadaan ekonomi semasa turut mempengaruhi pengambilan keputusan dalam penerbitan buku bagi memastikan kos yang dikeluarkan bersifat kos efektif.

Justeru, DBP tidak boleh bersandar pada pendekatan lama semata-mata, malah terus membuat perancangan penerbitannya dengan memberikan tumpuan kepada karya-karya bersifat 'marketable' (kebolehpasaran) dan karya lain yang sesuai atas dasar obligasi sosial dalam penerbitan buku juga untuk sokongan penilaian anugerah.

Maka, dalam pada itu, DBP di bawah Unit Pemasarannya, kini mengetengahkan kepada orang ramai mengenai salah satu pemudah cara untuk melanggan majalah-majalah dan jurnal-jurnal terbitan DBP ialah menerusi borang langganan yang boleh didapati di dalam majalah-majalah dan jurnal-jurnal DBP.

Antara majalah dan jurnal DBP adalah seperti majalah Mekar; Juara Pelajar, Naindung, Bahana, Jurnal Bahasa, Beriga dan Pangsura.

Borang langganan juga boleh diperoleh dengan mengimbas Kod QR (seperti yang tertera di Poster DBP melalui akaun Instagram '@dbpbrunei' yang turut menyatakan harga langganan setahun), dan setelah itu, borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke Unit Pemasaran DBP.

Pembayaran hendaklah dibuat secara tunai atau melalui perbankan digital BIBD dan setelah itu, awda boleh menangkap layar (screenshot) transaksi pembayaran dan kirim ke talian +673 729 3570, di mana majalah dan jurnal akan dihantar ke alamat yang awda berikan.

Bayaran langganan setahun juga termasuk perbelanjaan pos (jika di luar negeri, seperti di Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Australia, USA, Eropah dan China, walau bagaimanapun pembayaran yang dibuat melalui cek persendirian dan syarikat, hendaklah dijelaskan terlebih dahulu sebelum proses penghantaran.

Langganan majalah-majalah dan jurnal-jurnal terbitan DBP juga akan diberikan potongan harga sebanyak 20 peratus.

Untuk mengetahui sebarang maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi talian +673 238 2511 sambungan 199 / 203.

Dipetik daripada Pelita Brunei

Attachments
Created at 2/16/2021 3:01 PM by Nisbah Binti Hj Merusin
Last modified at 2/16/2021 3:01 PM by Nisbah Binti Hj Merusin