Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Peluang Tunjuk Bakat Dengan Aktiviti Mewarna

Berita dan Foto : Noraisah Haji Muhammed

KUALA BELAIT, Jumaat, 26 Februari. - Mewarna merupakan aktiviti yang menjadi kegemaran golongan kanak-kanak, termasuk golongan muda-mudi, bahkan juga menjadi sebahagian aktiviti orang-orang dewasa bagi mengisi masa lapang.

Sehubungan itu, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kampung Pandan, Kuala Belait hari ini mengadakan Peraduan Mewarna sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NBD) Ke-37.

Peraduan ini dibukakan kepada kanak-kanak yang berumur dari 4 hingga 11 tahun.

Antara lain tujuan peraduan itu diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak mengenai hari-hari kebesaran negara yang diraikan setiap tahun bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama seluruh rakyat di negara ini.

Di samping itu, ia juga memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menunjukkan bakat mereka dengan mengikuti peraduan yang diadakan.

Dipetik daripada Pelita Brunei

Attachments
Created at 3/1/2021 3:22 PM by Nisbah Binti Hj Merusin
Last modified at 3/1/2021 3:22 PM by Nisbah Binti Hj Merusin