Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Peluang Sertai Pertandingan Bicara Berirama

Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman / Infografik : Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 2 Mac. - Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) akan menganjurkan Pertandingan Bicara Berirama dengan tema 'Menjayakan Wawasan Negara' yang terbuka bagi kanak-kanak berumur 12 hingga 18 tahun terdiri daripada penuntut sekolah menengah kerajaan atau bukan kerajaan, maktab, institusi pendidikan tinggi, persatuan atau kelab.

Peringkat saringan akan diadakan pada 5 dan 6 April 2021 di mana tempat pertandingan akan dimaklumkan kemudian oleh pihak penganjur. Peringkat saringan dan peringkat akhir akan menyampaikan Bicara Berirama dalam tempoh 12 hingga 15 minit sahaja dan tiga minit untuk penyusunan di atas pentas dan keluar masuk pentas. Hanya lima kumpulan yang mendapat markah tertinggi layak ke peringkat akhir.

Setiap kumpulan yang bertanding hendaklah seramai 15 hingga 20 orang termasuk seorang konduktor dan dikehendaki memakai pakaian seragam dan bersesuaian mengikut tema Pertandingan Bicara Berirama yang ditetapkan. Setiap kumpulan dikehendaki menggunakan bahasa Melayu dalam menyampaikan Bicara Berirama.

Peserta yang belum menjadi ahli hendaklah mengisi borang yang disediakan dengan menyertakan salinan kad pengenalan pintar. Skrip hendaklah dihadapkan kepada pihak penganjur berserta borang penyertaan dan gambar berukuran pasport sebelum tarikh tutup.

Tarikh tutup bagi menghantar borang adalah pada Khamis, 11 Mac 2021 jam 4.00 petang. Borang penyertaan bolehlah didapati di setiap cawangan Perpustakaan DBP yang berdekatan atau melalui laman sesawang 'www.librarybrunei.gov.bn/library/dbp/borang/'.

Borang yang telah lengkap diisi bolehlah dikembalikan ke kaunter Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka yang berdekatan atau melalui e-mel ke alamat 'perpustakaan.bsb@dbp.gov.bn' atau faks menerusi talian +673 2224763 atau Hotline menerusi talian +673 8266880.

Bagi sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Setiausaha Pertandingan Bicara Berirama 2021 Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, KKBS, menerusi talian + 673 2235501 sambungan 402 atau melalui talian Hotline +673 8266880.

Dipetik daripada Pelita Brunei

Attachments
Created at 3/3/2021 2:16 PM by Nisbah Binti Hj Merusin
Last modified at 3/3/2021 2:16 PM by Nisbah Binti Hj Merusin