Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Penulisan Karya Kreatif Didedahkan

Oleh : Aimi Sani / Foto : Aimi Sani, Ihsan Dewan Bahasa dan Pustaka

BERAKAS, Sabtu, 13 Mac. - Ke arah memberi pemahaman tentang penulisan kreatif khususnya penulisan sajak, di samping memberi peluang kepada para Muslimah menzahirkan daya imaginasi kreatif melalui puisi, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Kumpulan Muslimah Masjid UBD mengungkayahkan Pantaran Sastera DBP 2021: Bengkel Penulisan Puisi Islam.

Seramai 24 orang Muslimah yang berumur dalam lingkungan 12 hingga 70 tahun dari Masjid Universiti Brunei Darussalam (UBD), Masjid Sungai Kebun dan beliawanis, menghadiri bengkel tersebut bertempat di Dewan Patih Barbai, DBP, Berakas.

Bengkel dirasmikan dan dibimbing oleh Ketua Bahagian Sastera dan Majalah, Dr. Haji Mohd. Ali bin Haji Radin dan Ketua Kumpulan Muslimah Masjid UBD, Dayang Hajah Aminah binti Haji Momin selaku Presiden Kumpulan Sokongan Kanser Payudara Brunei.

Bengkel diadakan bertujuan mendedahkan bentuk penulisan karya kreatif khususnya Puisi Islam kepada kumpulan Muslimah selain memberi ruang berkarya dan menjalin kerjasama dengan pelbagai institusi, persatuan penulis dan NGO sebagai pendekatan menyeluruh di peringkat kerajaan dan lapisan masyarakat (Whole of Government and Nation Approach).

Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil Bengkel Penulisan Puisi disempurnakan oleh Pemangku Pengarah DBP, Dayang Hajah Sariani binti Haji Ishak.

Bengkel diharap akan dapat mengenal pasti kewibawaan Muslimah dan beliawanis dalam bidang penulisan puisi serta memberi mereka peluang menghasilkan karya dalam majalah-majalah terbitan DBP.

Dipetik daripada Pelita Brunei

Attachments
Created at 3/15/2021 10:28 AM by Nisbah Binti Hj Merusin
Last modified at 3/15/2021 10:28 AM by Nisbah Binti Hj Merusin