Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Budayakan Masyarakat Suka Membaca

Budayakan masyarakat suka membaca 3.JPG

Oleh : Khartini Hamir / Foto : Ihsan Bahagian Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 17 Mac. - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak kendur-kendur berusaha mengungkayahkan pelbagai acara dan aktiviti bersempena musim cuti persekolahan penggal pertama ini yang menjurus ke arah meningkatkan budaya membaca untuk melahirkan generasi modal insan dalam kalangan tunas bangsa dan muda-mudi.

Justeru, ke arah memupuk generasi kanak-kanak dan muda belia yang sentiasa mendampingi perpustakaan dalam menimba ilmu pengetahuan, Perpustakaan DBP di kesemua cawangan telah menganjurkan dan mengadakan Program Cuti Sekolah bagi mengisi masa lapang kanak-kanak dengan aktiviti berfaedah dan bermanfaat.

Budayakan masyarakat suka membaca 2.JPG

Program Cuti Sekolah tersebut mula diadakan pada 13 hingga 25 Mac, yang diisikan dengan pelbagai aktiviti  menarik bagi Ahli Perpustakaan Kanak-kanak dan Muda-Mudi antanya terdiri dari Mozek (kanak-kanak); Seri Sari & D'Sampingku (Dewasa & Muda-mudi); Permata Hijau (kanak-kanak); dan Bengkel Ulasan Buku (Dewasa & Muda-mudi).

Juga akan diadakan ialah Program Ke mana Kitani? (20/3/21); Menara Tertinggi (22/3/21); Sarang burung (22/3/21); Kemana Kitani? (23/3/21); dan Kitani Bersukan!! (24/3/21), jadi kepada para belia dan kanak-kanak yang berminat untuk menyertai program-program yang dianjurkan adalah dialu-alukan untuk datang ke Balai Pameran, Perpustakaan Pusat, di ibu negara dan juga di cawangan-cawangan lain.

Waktu operasi bagi Perpustakaan Pusat ialah bermula dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang setiap Isnin hingga Khamis dan Ahad, manakala pada Jumaat, dari jam 8.00 hingga 11.30 pagi; dan 2.30 hingga 6.00 petang.

Antara tujuan program seumpama ini diadakan ialah bagi membudayakan masyarakat yang suka membaca, di samping menimba ilmu pengetahuan dan membaca bahan-bahan bacaan di perpustakaan berkenaan.

Selain itu, aktiviti yang diungkayahkan ini juga turut mendapat sambutan yang menggalakkan dari ibu bapa dan ianya diharap akan dapat melahirkan idea kreatif dalam kalangan ahli perpustakaan, di samping dapat membudayakan masyarakat yang mesra perpustakaan.

Dipetik daripada Pelita Brunei

Attachments
Created at 3/18/2021 10:22 AM by Nisbah Binti Hj Merusin
Last modified at 3/18/2021 10:22 AM by Nisbah Binti Hj Merusin