Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Perpustakaan DBP Sengkurong Kendalikan Kempen Kebajikan

Perpustakaan DBP Sengkurong kendalikan Kempen Kebajikan 2.JPG

Siaran Akhbar dan Foto : Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong

SENGKURONG, Sabtu, 8 Mei. - Sempena meraih keberkatan di bulan Ramadan yang mulia ini, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Sengkurong mengadakan Kempen Kebajikan bagi membantu orang-orang yang memerlukan pakaian menjelang Hari Raya dalam beberapa hari sahaja lagi.

Kempen berlangsung pagi tadi di perpustakaan berkenaan.

Kempen bertujuan untuk mendedahkan peranan perpustakaan yang bukan sahaja untuk mencari bahan atau meminjam buku, malahan juga boleh digunakan untuk mengadakan aktiviti-aktiviti kebajikan yang bermanfaat untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan perpustakaan dan orang ramai. Selain itu juga, meningkatkan kepedulian sosial dengan menolong dan membantu orang-orang yang memerlukan.

Di samping itu, dapat mempromosikan Perpustakaan DBP Sengkurong dengan mengadakan kempen kebajikan tersebut.

Dipetik daripada Pelita Brunei

Attachments
Created at 5/10/2021 9:49 AM by Nisbah Binti Hj Merusin
Last modified at 5/10/2021 9:49 AM by Nisbah Binti Hj Merusin