Oleh : Aimi Sani / Infografik : Ihsan Instagram '@dbpbrunei'
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 1 Jun. -
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Pusat Sejarah Brunei (PSB) akan
menganjurkan Bengkel Seni Khat dan Sistem Ejaan Jawi pada Isnin, 7 Jun
2021, bertempat di Dewan Jawatan Dalam, PSB, di ibu negara.
Bengkel
yang dianjurkan bersempena Brunei Mid-Year Conference and Exhibition
2021 itu dibukakan penyertaannya kepada orang ramai, iaitu terhad kepada
40 orang peserta sahaja. Selain itu, peserta disarankan untuk membawa
alat tulis sendiri.
Bengkel
yang akan dibimbing oleh Awang Raieham bin Mohd. Salleh dan Awang
Alomsa Noradzmin bin Haji Alli Omar itu nanti akan diisikan dengan
pengenalan khat Jawi; teknik menulis khat Jawi naskhah; dan kaedah asas
sistem ejaan Jawi.
Tarikh
tutup penyertaan adalah pada Sabtu, 5 Jun 2021. Sebarang pertanyaan
bolehlah menghubungi PSB melalui talian +673 2240166 sambungan 256/349
atau DBP melalui talian +673 2382511 sambungan 212/127.
Dipetik daripada Pelita Brunei