Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Bantu Tingkatkan Usahawan Tempatan

Bantu tingkatkan usahawan tempatan b.PNG

Berita dan Foto : Noraisah Haji Muhammed

KUALA BELAIT, Jumaat, 18 Jun. - Sejajar dengan hasrat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk menjadikan perpustakaan bukan sahaja sebagai tempat membuat rujukan dan peminjaman buku tetapi sebagai pusat komuniti bagi orang ramai dapat berkongsi kemahiran dan kepakaran serta berkumpul untuk melahirkan masyarakat yang harmoni.

Sehubungan itu, dalam usaha DBP untuk menjadikan perpustakaan sebagai pusat komuniti, Perpustakaan DBP Kampung Pandan sekali lagi mengungkayahkan Jualan Ria Perpustakaan yang bermula hari ini hingga 20 Jun 2021, dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Jualan Ria tersebut diadakan di ruang legar aras bawah bangunan Perpustakaan DBP Kampung Pandan.

Peserta-peserta yang menyertai Jualan Ria itu terdiri daripada usahawan-usahawan kecil yang menawarkan harga istimewa bagi produk-produk yang mereka jual.

Perpustakaan DBP khususnya cawangan Kampung Pandan menggalakkan ahli dan orang ramai untuk mengikuti apa jua kegiatan yang diungkayahkan di perpustakaan berkenaan.

Usaha seumpama itu diharap akan mendapat sokongan orang ramai untuk sentiasa memanfaatkan perkhidmatan dan kemudahan yang telah disediakan oleh DBP.

Perpustakaan DBP di seluruh negara menyediakan kemudahan internet dan Wi-Fi, bilik-bilik mesyuarat dan kegiatan selain daripada bahan bacaan khusus untuk rakyat dan penduduk di negara ini.

Bagi maklumat lanjut mengenai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh DBP Kampung Pandan pada masa akan datang, bolehlah melayari laman sosial Facebook 'Perpustakaan Dbp Kg Pandan' atau Instagram '@perpustakaandbp_kgpandan' atau berhubung menerusi talian +673 3337049.

Dipetik daripada Pelita Brunei

Attachments
Created at 6/19/2021 10:10 AM by Nisbah Binti Hj Merusin
Last modified at 6/19/2021 10:10 AM by Nisbah Binti Hj Merusin