Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Penutupan Sementara Kedai Buku DBP

Siaran Akhbar dan Infografik : Dewan Bahasa dan Pustaka

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 16 Ogos. - Berikutan penularan COVID-19 dan sebagai langkah berjaga-jaga bagi membendung penularan di Negara Brunei Darussalam, Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei (DBP), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai penutupan sementara Kedai Buku DBP bagi tujuan kerja-kerja pembersihan sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Orang ramai yang berhasrat untuk membuat pembelian buku terbitan DBP boleh menghubungi talian +673 7293570 atau mesej melalui Instagram @kedaibukudbp. Orang ramai juga boleh berkunjung ke Sudut Buku DBP di kedai-kedai buku terpilih. 

Antara kedai-kedai tersebut ialah Pustaka Graduan yang beralamat di Jalan Bunga Teratai, Kampung Jaya Setia Perpindahan Burong Pingai, Berakas; Samima Cawangan Kiulap; Nollybook di Ruang Pelepasan, Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei dan Bismi Trading Sdn Bhd. di tingkat 1, Cawangan Serusop.

Dipetik daripada Pelita Brunei

Attachments
Created at 8/19/2021 12:33 PM by Nisbah Binti Hj Merusin
Last modified at 8/19/2021 12:33 PM by Nisbah Binti Hj Merusin